Khamis, 23 Julai 2009

Bengang Beb..

Seorang pemuda bercer ita kpd temannya, "Bengang betul aku!"
"Hah? kenapa Man?" tanya temannya.
"Semalem aku berkenalan dengan awek cun di cafe, terus kita orang ke
rumahnya,
dia yg ajak aku, pas tu kitorang sama2 buka baju, Tengah best, tau-tau suami
dia datang.
Terkejut besor aku, terus aku melompat ke jendela bilik sambil berpaut di
bawah
jendela dengan jari aku!"
"Wah, betul ko" sahut temannya.
"Ya, tapi itu belum apa-apa" sahut pemuda itu.

Kemudian suaminya masuk bilik menegur isterinya, dia cakap "Wah..kebetulan
sayang
dah telanjang, sebentar abang kencing dulu". Pas tu tau tak, si suami
hampeh itu kencing terus di jendela, mengena kepala aku"

"Hah!" Temannya geleng2kan kepala.. "Patut la ko bengang gila"
"Ya, tapi bukan itu yang buat aku bengang"

"Selepas tu, aku dengar mereka bermesra-mesraan. Jari aku dah lenguh..
Setelah mereka
selesai, suaminya membuang kondomnya keluar jendela, tau tak jatuh
dimana? Di kepala aku!"

"Wah! Dasyatnya, kalau aku memang aku bengang!" kata temannya
"Sebentar. Aku belum selesai, yang buatkan aku lebih bengang lagi, suaminya
mau buang air. rupa-rupanya toilet rosak. Jadi dia mengcangkung di
pinggir jendela, terus jatuh diatas kepala aku!"

"Wah..wah, p as ti lengkap dah penderitaan ko" sahut temannya.
"Ye...ye...tapi ko tau tak, yang paling buat aku BENGANG... BENGAAANG...
BENGAAAAANG gile? Bila aku tengok ke bawah rupa-rupanya kaki aku jaraknya
cuma 10cm dari tanah.....

Ahad, 14 Jun 2009

Siapa Hebat

Satu hari berlakulah bertengkaran yang hebat disebuah reban kambing dan sebuah reban ayam.. pertelingkahan tu menyebabkan satu kampong heboh… beginilah kisahnya.
Kambing : Apalah kau ni ayam… Baju ada tapi berkaki ayam tak
malu ke… . kah kah kah
Ayam : Kau tu dah baju jarang nampak kemaluan … lagi malu
pa. kah kah kah
Ayam : Daging aku lazat.. enak sehingga menjilat jari..
Kambing : Lazat pun bukan boleh buat korban…
Kambing : Apalah kau ni bertelur sebiji riuh sekampong
Ayam : Aku bertelur setiap hari… kau tu beranak setahun
sekali.. hebat apakebendanya.
Kambing : Aku hebat… .. yahoooo
Ayam : Aku hebat … . yahoooo
Perbualan mereka yang riuh menyebabkan tuan rumah terjaga lalu keluar melihat apa pasal yang riuh… tuan rumah lalu keluar dan mengambil pisau terus menyembelih kedua dua binatang tu sambil berkata… .. Ha… . sekarang sapa yang hebat..!!!

Membeli Rumah

Sepasang suami isteri mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Oleh kerana tempoh pembelajaran memakan masa yang lama maka mereka sepakat untuk menjual harta yang ada termasuk sebuah rumah.
Lalu datang seorang lelaki yang agak berumur untuk melihat keadaan rumah. Setelah puas meninjau dalam dan luar rumah, lelaki itu bersetuju untuk membelinya.
Si suami tadi secara jujur menjelaskan tentang kedudukan rumah tersebut. ?Di sebelah barat terdapat sebuah kilang getah, manakala bahagian selatan ada kilang belacan dan di utara adalah tempat pembuangan sampah,? jelas tuan rumah.
Kalau begitu apa keistimewaannya jika saya membeli rumah ini,? tanya lelaki itu kepada tuan rumah.
Salah satu keistimewaannya ialah, anda boleh mengetahui dari mana arah angin yang bertiup," jawabnya selamba

Jiran Miskin

Dengan tergopoh-gopoh Neva yang masih kecil itu masuk ke rumah. "Ayah….Ibu …!!" teriaknya. "Jiran kita itu pasti orang miskin ….."
Si Ayah dan si Ibu sangat terkejut mendengar katanya itu kerana sesungguhnya daerah tempat tinggal mereka adalah daerah orang yang berada.
"Mengapa kamu mengatakan begitu, sayang?"
"Sebab, mereka sudah kecoh hanya kerana anaknya menelan duit syiling lima puluh sen."

Minyak Wangi Tumpah

Didalam satu bas diwaktu petang semasa ramai orang berebut-berebut untuk pulang ke rumah terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki jawa yang sedang berdiri berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya di waktu begini jalankan jem. Jadi bas tu tak dapat le bergerak dengan sempurna.
Gadis yang resah tu rupanya ..nak terkencing. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti rumahnya pun jauh lagi. Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buatle buka handbag dan cuba mencari sesuatu .
Tanpa disedari Jawa didepannya dah perhatikan dia dengan agak lama juga.
Nak jadi cerita orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ketempat tersebut kerana sit dia
dah basah. Jadi Jawa ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut.
"Aduh bu..ngapa tempat ni basah ya"…
Jawab gadis tersebut "Ohh… tadi botol minyak wangi saya tertumpah. Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada".
Jadi Jawa tu pun keluarkan le saputangannya dan lap sebelum duduk. Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya. Bau-bau punya baru le jawatu tau rupanya air kencing sambil tersenyum jawa tu jawab.."Lo…Kalau minyak wangi jenama ini..Kalau mau, saya ada penutupnya."…..

Kaunselor Yang Baik

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…
"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"
Pelajar itu menjawab..
"Okey.. boleh saja…!"
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..
"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"
"Kerana …" jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…
"… Saya adalah penjaga gol!"

Apa Yang Dicari Dulu

Tiga orang perempuan dalam perjalanan menggunakan kapal terbang. Setengah jam setelah diudara, pilot mengumumkan adanya gangguan dan para penumpang diminta bersiap sedia kerana pesawat akan mendarat cemas.
Perempuan pertama segera memakai semua perhiasannya, mulai dari rantai, gelang dan cincin. Dengan pandangan tak mengerti kedua perempuan yang lainnya bertanya apa maksud dari tindakannya tersebut. "Dengan memakai semua perhiasan ini semua orang akan tahu aku seorang wanita kaya. Jadi mereka akan menolongku lebih dulu," jawabnya. Perempuan kedua segera membuka blaus dan branya.
Ketika yang lain bertanya, ia menjawab, "Ketika penyelamat datang, mereka akan melihat betapa seksinya dadaku dan aku akan ditolong lebih dulu." Perempuan ketiga yang kebetulan berkulit sangat hitam melepaskan celana luar dan dalamnya. Kemudian ia berkata, "Biasanya mereka akan mencari kotak hitam lebih dulu."

Pipit Yang Malang

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya.
Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, "Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku.
Kerana malu, pemuda itu menjawab,
"Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?" Seekor burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan. Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.
Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat.
Seorang polis menanyainya, "Apa yang terjadi?" "Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini.
Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, "Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?"
Gadis kecil itu menjawab, "Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"
Nota : Jangan cuba temberang budak kecik.. susah nanti… ekekekekek

Kenapa Kerbau Hitam

Pada zaman dahulu kala lembu dan kerbau berkawan baik.
kemana sahaja mereka akan bersama-sama.
Susah senang mereka bersama.
Pada suatu hari, hari agak panas dari biasa
Mereka berdua seperti biasa berjalan-jalan cari makan.
Sampai di satu padang rumput mereka pun makan bersama-sama.
Lepas tu mereka pun merayau-rayau di tepi hutan.
Maka bertemulah sebuah kolam.
"Jom kita mandi" si lembu mengajak si kerbau.
" Boleh juga, aku panas ni, bolehlah kita menyejukkan badan"
Merekapun menanggalkan baju mereka dan meyidai baju merka di atas satu tunggul mati.
Mereka pun mandi dengan gembira sambil menyanyi-nyanyi.
Wah bukan main seronoknya mereka.
Tiba-tiba si lembu terasa seluruh badannya amat gatal.
" eeeee…..gatalnya…badan aku" sambil tergaru-garu.
" Ye la…aku pun gatal amat ni" Kata kerbau.
Rupa-rupanya ada pokok tukas di tepi kolam. Buahnya masak ranum dan banyak yang gugur kedalam kolam.
Buah tukas memanglah gatal.
Apa lagi mereka pun bergegas naik ke atas. Terus di sambarnya baju mereka. Terus mereka bergegas balik ke rumah masing-masing.
Tiba di rumah masing-masing barulah mereka perasan mereka tertukar baju.
Si kerbau pakai baju hitam lembu, kecik dan sendat. Kolar bajunya sendat hingga mejerut leher.
Si Lembu pula pakai baju kerbau putih bercorak tompok-tompok hitam-cantik! longgar dan selesa.
Se kerbau pergi kerumah si lembu untuk dapatkan bajunya kembali. Namun si lembu tidak mahu memulangkan baju kerbau. Sebab dia rasa selesa dan cantik.
Berkali-kali si kerbau cuba meminta dikembalikan, namun si lembu menjaukan diri.
Akhirnya mereka berkelahi dan membawa haluan masing-masing.
Sebab itu lah sekarang suara lembu jadi kasar, dan suara kerbau jadi nyaring sebab tekak dia sendat.
Oleh kerana malu, pada zaman sekarang kerbau hanya berkeliaran di pinggir-pinggir hutan malu dengan keadaannya.
Yang lembu pula bangga dengan baju dia dok berkeliaran di jalan-jaln raya, makan tanaman orang. Menyusahkan orang.
Namun keturunan kerbau masih menuntut hak mereka.
Begitulah ceritanya.

Jelingan ayah...

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Jumaat, 5 Jun 2009

Banduan Gersang

Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: "Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang.."

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas,

"Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body lotion? Saya jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.

Selasa, 2 Jun 2009

anak menantu dan bapa mertua

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, terpaksa dia menumpang di rumah bapa mertuanya...Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul-betul menghabiskan borehhh... Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari.Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik.Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja...melantak kuat pulak tu...Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga..." kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu.Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi..."Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum.."Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa...Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit...Bila tak makan, mestilah kena tangkap...sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini... kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...Apa lagi...."Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?"Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa..

Ahad, 31 Mei 2009

helmet alaf baru...

Asmara Orang Pencen

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana
besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut
usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan
ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu
mula mengantuk
semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh
bibirnya ke pipi si
isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan
bangun dari katil
tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi la ni!!!"

Ahad, 10 Mei 2009

Pembunuhan J.W.W BIRCH

CIKGU : Baiklah, kita mulakan soal jawab. Fezzul bangun!!!

(Fezzul yang baru bangun dari tidur tiba-tiba berdiri)

CIKGU : Jawab dengan pantas, siapakah yang telah membunuh J.W.W Birch?

FEZZUL: Sumpah, saya tak bunuh. Betul cikgu, saya tak kenal pun orang putih
tue... (sambil menangis melolong)

CIKGU : Mampos kalau aku ada 20 orang pelajar macam ni... (dalam hati)...

gigi

FARID : Berapa bayaran bagi mencabut sebatang gigi?

DOKTOR: RM 120.

FARID : Amboi mahalnya... .ada yang murah sikit tak?

DOKTOR: Ok, saya boleh kurangkan anesthesic.Saya boleh kurangkan kepada RM 80

FARID : Masih mahal lagilah,doktor. Saya mahu yang mencabut sebatang gigi yang paling murah sekali... .

DOKTOR: Kalau macam tu, saya akan suruh pelajar saya yang tak tau apa-apa untuk mencabutnya dengan playar... amat murah.. RM 10 jer..

FARID : Cantiiik, masukkan nama bos saya untuk rawatan esok...

Geli Mat

Serabai

Naiklah unta jet

Telur-telur Tu

Rabu, 6 Mei 2009

PADAH BERTERUS TERANG

Pada suatu malam hujan lebat, seorang ibu bersama anak lelakinya yang masih kecil menaiki sebuah teksi setelah membeli belah di ibukota. Oleh kerana hujan lebat maka jalan pun sesak. Dalam kesesakan jalanraya itu, sianak (Udin) asyik bertanya macam-macam. Pemandu teksi hanya tersenyum mendengar jawapan Si Ibu kerana kebanyakan jawapan yang diberi bukan lah jawapan yang sebenarnya atau sepatutnya. Oleh kerana jalan sesak, pemandu teksi mencadangkan mengambil jalan pintas yang melalui jalan deretan belakang kedai yang juga dikenali sebagai ‘jalan belakang mati’. Kelihatan beberapa orang perempuan (pelacur) yang berpakaian seksi berkumpul dan bersembang sambil menunggu pelanggan di kaki lima kedai.

Si Anak (Udin) pun bertanya’ “Ibu, kenapa orang-orang perempuan tu berkumpul di tempat gelap?”

Si Ibu pun menjawab, “Oh, mereka sedang menunggu suami masing-masing datang menjemput mereka pulang........ macam Udin tunggu emak jemput Udin balik dari sekolah.”

Pemandu teksi yang mendengar jawapan si ibu berasa tak puas hati dan terus berkata. “Tak baik tipu anak-anak”. “Kena berterus terang”. Pemandu teksi pun terus memberi jawapan yang sebenar. “Kalau adik nak tahu, itu ler pelacur yang mencari duit dengan memberi layanan seks kepada lelaki”.

Udin terus memandang ibunya dan si Ibu terus terdiam n bengang dengan pemandu teksi tersebut. Tiba-tiba Udin bertanya lagi...”Ibu, siapa yang selalu pergi mendapatkan layanan seks dari perempuan-perempuan tu?..... dan cikgu ada kata bayi/anak terjadi bila ada hubungan seks...... jadi apa jadi pada anak-anak perempuan tu?”........

Si Ibu yang bengang terus menjawab......”Pemandu teksi yang selalu mendapatkan layanan seks dari perempuan-perempuan macam tu dan anak-anak mereka juga menjadi pemandu teksi yang mulut tak tau duduk diam”.

Terus kedua-dua beranak kena turun dari teksi...................

Sabtu, 2 Mei 2009

Asal Usul KEMBOJA

SETELAH beberapa lama berjalan, maka Raja Ramasa Kutubabi dan pengiring-pengiring baginda sampailah di sebuah tanjung. Maka terlintaslah di fikiran baginda untuk membina sebuah kawasan peranginan di situ memandangkan tempat itu amat menarik dan suasananya mendamaikan.

Raja Ramasa dan pengiring-pengiring baginda pun berehatlah di atas sebuah batu besar yang pemandangannya menghala ke laut lepas. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi keindahan suasana di tempat itu. Suasana yang mendamaikan itu seakan-akan menggamit Raja Ramasa Kutubabi dan pengiring-pengiring baginda untuk merebahkan kepala lalu tidur di situ.

Setelah baginda tersedar dari tidur, hari sudah pun menjelang senja. Baginda dan pengiring-pengiring lalu turun ke bawah dan masuk ke dalam hutan berhampiran untuk mencari makanan. Apabila sampai di satu kawasan lapang, baginda memerintahkan pengiring-pengiring memasang unggun api, sementara baginda sendiri memasang jerat di kawasan berhampiran.

Setelah segalanya selesai mereka pun berbual-bual sambil menunggu jerat mengena. Tidak lama selepas itu, Raja Ramasa pulang dengan membawa seekor tenuk yang sudah disembelih. Setelah tenuk yang dipanggang itu masak, mereka pun menjamu selera dengan lahapnya. Setelah masing-masing kekenyangan, maka mereka pun tertidurlah.

Keesokannya, Raja Ramasa Kutubabi dan pengiring-pengiring baginda pergi semula ke pantai tempat mereka berehat semalam. Di lihat oleh baginda ada beberapa orang sedang memasang pukat di situ. Raja Ramasa dan pengikut-pengikut baginda pun mendekati orang-orang itu untuk berkenalan.

Setelah memperkenalkan diri masing-masing, mereka pun berbuallah. Menurut nelayan itu, mereka pun tidak tahu apa nama tempat itu memandangkan kawasan itu tidak berpenghuni. Raja Ramasa bercadang untuk menjadikan kawasan itu sebagai penempatan baru mereka memandangkan tempat itu sungguh menarik dan mereka pun sudah jemu mengembara. Cadangan baginda itu mendapat sokongan sebulat suara tanpa sebarang bantahan. Kalau adapun cuma mereka membantah di dalam hati.

Dalam pada mereka kalut memerah otak untuk mencari nama yang sesuai itu, tiba-tiba salah seorang pengikut Raja Ramasa meronta-ronta kesakitan. Raja Ramasa dan yang lainnya terkejut. Mereka memapah pengiring itu ke bawah sebatang pokok yang redup dan sedang berbunga.

"Biar patik tengok tuanku, apa sakit pengiring ini," salah seorang nelayan itu bersuara.
"Silakan," balas Raja Ramasa ringkas.
"Emmm... dia tidak apa-apa tuanku, cuma perutnya kembong aje akibat termasuk angin," kata nelayan tadi.
"Ala... kembong je, sakitnya mengalahkan orang nak beranak," kata pula salah seorang pengiring Raja Ramasa.
"Aa...aahlah, kembong je, tulah lain kali tidur lagi tak pakai baju, kan dah masuk angin," tempelak pula pengiring kedua.
"Entahnye... eh! Dah lah tu, dia kembong aje, bukannya teruk. Nanti bila dah dibubuh minyak angin baiklah tu," jawab Raja Ramasa.
"Eh, tuanku, apakata kita namakan tempat ni sebagai kembong je, mengambil sempena penyakit yang menyerang pengiring tuanku itu," cadang ketua nelayan tadi.
"Ha! Cantik nama tu. Kita ubah sikit menjadi Kemboja... bagaimana?" Tanya Raja Ramasa Kutubabi sambil memetik jari.
"Cun tuanku!" Balas mereka serentak.
"Baiklah, mulai hari ini, beta namakan tempat ini sebagai Kemboja dan pokok yang berbunga inipun beta namakan pokok Kemboja sempena nama baru tempat ini," kata Raja Ramasa Kutubabi dengan bangganya.

Bermula dari hari itu, mereka pun mula meneroka tempat itu untuk dijadikan penempatan baru. Setelah beberapa lama maka terbinalah sebuah istana untuk didiami oleh Raja Ramasa dan pengiring-pengiring baginda. Setelah beberaa tahun memerintah Kemboja maka Raja Ramasa pun mangkatlah lalu dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran istana. Kubur baginda di tanam orang dengan pokok kemboja. Sehinggalah sekarang, pokok kemboja banyak terdapat di tanah perkuburan, nak ikut cara Raja Ramasa. Agaknya le...

Asal Usul MERLIMAU Melaka

Alkisahnya, setelah berjaya mengasaskan penempatan baru iaitu Chile, Parameswara dan sekalian hulubalangnya pun kembalilah ke Melaka. Memandangkan pilihanraya sudah hampir tiba, Parameswara amat berhasrat untuk melawat sekitar negeri Melaka untuk beramah mesra dengan sekalian hamba rakyat jelata di samping memancing undi.

Maka, bersama Bendahara dan beberapa orang pendekar dari Bukit Si Guntang, keluarlah baginda untuk melawat tanah jajahannya. Sebelum meneruskan perjalanan, mereka ke rumah tabib M. Yasin untuk mengajak beliau mengikuti rombongan Parameswara. Manalah tahu kalau ada rakyat jelata yang sakit boleh diubati. Ini sudah tentu akan menambah undi untuk Parameswara agar terus kekal sebagai Raja Melaka.

Dari hilir sungai, berakit-rakitlah mereka ke hulu. Di suatu kawasan di pertengahan jalan, mereka tercium bau yang amat wangi.
"Dari mana bau wangi ini? Macam bau beribu-ribu lemo, wahai Memanda Bendahara?"
"Nanti patik check dulu, Tuanku," jawab Bendahara.

Dengan bantuan anjing perburuan, maka berjumpalah Bendahara akan sepohon pokok yang daunnya rimbun dan lebat buahnya serta bunganya.
"Pokok spesis apa ni, Bendahara?"
"Patik tak tahu, Tuanku. Patik tak belajar subjek biologi masa kat sekolah dulu, ampun tuanku," jawab Bendahara.
"Apa pendapat kamu , wahai tabib M Yasin?"
"Pada firasat dan ilham yang ada dalam diri patik ini, patik rasa ni pokok limau antu atau nama saintifiknya Atalantia spinosa, ampun Tuanku."
"Nama tu panjang sangat. Nanti tak glamour. Tak ada nama lain ke, tabib M. Yasin?"
"Ada Tuanku. Orang kampung patik panggil pokok itu pokok Merlimau."
"Canteeek! Baiklah, Beta isytiharkan tempat ni sebagai Merlimau. Bendahara, sila catat nama kawasan ini dalam peta Melaka."
"Cheh." Fikir Bendahara dalam hati.
Begitulah seterusnya dengan mudah Parameswara memberi nama tempat-tempat di Melaka. Setiap kali singgah di bawah pokok untuk berehat, di situlah juga dia menamakan nama tempat tersebut, termasuklah Bertam Ulu, Durian Tunggal, Ayer Keruh dan Bukit Cina. Setelah Parameswara mangkat, Bendahara pula menggantikannya dan menamakan sesuatu tempat mengikut tempat berehat. Sebahagian tempat itu terletak di Perak seperti Parit, Tanjung Rambutan, Lumut dan Batu Gajah.

Asal Usul HIROSHIMA

Kisahnya bermula dalam awal abad belasan. Di dalam sebuah kampung di Melaka tinggal seorang pemuda bersama neneknya dalam keadaan miskin. Pemuda yang tidak begitu hensem ini bernama Ali Kutik. Ali Kutik adalah seorang pemalas dan suka berjudi. Judi yang diminati oleh Ali Kutik ialah menyabung ayam.

Di mana-mana saja ada pertandingan sabung ayam di situlah adanya Ali Kutik. Setiap pertandingan itu pemenangnya tak lain tak bukan ialah Ali Kutik. Ayamnya yang kuat itu bernama Shima. Ayam Ali Kutik adalah seekor ayam betina. Ayam betina ini dijadikan tomboy oleh si Ali Kutik kerana tiada ayam lain yang dimilikinya melainkan Shima. Untuk menjadikan Shima lebih kuat, Ali Kutik telah menjalankan pembedahan plastik terhadap Shima.

Dalam sekelip mata Ali Kutik telah menjadi glamor di seluruh Melaka dan sampailah ke pengetahuan Parameswara. Semasa itu jajahan Melaka amatlah kecil dan Parameswara perlu menjajah keluar lebih luas lagi untuk memajukan nama Melaka. Dengan berita kehebatan Ali Kutik dan ayamnya itu telah mendatangkan idea kepada Parameswara.

Ali Kutik dicadangkan supaya pergi ke Jepun untuk menyabungkan ayamnya dengan ayam Jepun. Parameswara memperjudikan Melaka sebagai cagaran. Jika Ali Kutik kalah, maka Melaka terpaksa diserahkan kepada Jepun, tetapi kalau menang maka sebahagian tanah Jepun menjadi milik Melaka dan Ali Kutik sebagai Presiden.

Setelah tiba di Jepun, Ali Kutik disambut dengan meriahnya oleh datuk bandar dan penduduk negeri itu.

Pada keesokan harinya, Ali Kutik telah dijemput oleh wakil Jepun pergi ke gelanggang sabung ayam untuk mengadakan perlawanan tersebut.Perlawanan yang disaksikan oleh 80,000 orang itu dihakimkan oleh datuk bandar. Perlawanan telah dimulakan, penonton bersorak dan berdebar apabila kedua-dua ayam tersebut saling taji-menaji.

Tak sampai sejam, Shima telah berjaya menumbangkan lawannya. Ali Kutik pun melompat dengan gembiranya mengalahkan ayam Jepun dengan berkata "Yea!Yea! Shima hero!Shima hero!" beberapa kali dengan diikuti oleh penonoton-penonton Jepun yang mula berpaling tadah menyokong Shima.

Akhirnya seperti yang dijanjikan, sebidang tanah di Jepun diserahkan kepada Melaka dan Ali Kutik dilantik menjadi Presiden. Kawasan itu diberi nama Hiroshima sempena keheroan Shima mengatasi lawannya. 381 tahun selepas itu Ali Kutik pulang ke Melaka seorang diri kerana Shima telah mati setelah Hiroshima dibom Amerika.

Asal Usul CHILE

Selepas pembukaan Melaka, Parameswara mengambil keputusan untuk mengasaskan sebuah penempatan yang baru, luar dari Melaka. Maka beliau pun belayarlah bersama beberapa orang pengiringnya beserta anjing buruannya.

Setelah lama belayar, mereka pun mendaratlah di sebuah daratan di luar negeri. Tanpa berlengah-lengah lagi Parameswara pun bertanyalah kepada bendaharanya, "Bendahara, adakah kamu tahu nama tempat ini?"
"Manalah patik tau tuanku. Masa patik sekolah dulu tak pernah pun patik datang ke mari", jawab Bendahara.
"Kalau begitu mari kita semua masuk ke hutan sana. Beta nak bercamping di sana."

Maka Parameswara dan rombongannya pun bercampinglah di dalam hutan berdekatan dengan sebuah air terjun. Sedang beliau duduk di atas tanah yang rata, tiba-tiba melintas seekor pelanduk berwarna purple di hadapannya dan dengan secepat kilat beliau menyuruh anjing buruannya itu mengejar dan menangkap pelanduk itu. Satu kejadian aneh telah berlaku, pelanduk itu telah menempeleng muka anjing buruan kepunyaan Parameswara dan menyebabkan gusi anjing buruan itu berdarah.

"Bendahara, beta rasa tempat ini bagus jugak jika dijadikan sebuah negeri, tak gitu," kata Parameswara dengan gembira.
"Ya tuanku. Lagipun ia mempunyai persamaan dengan sejarah pembukaan Melaka."
"Tapi apa nama yang sesuai untuk tempat ini yek wahai bendahara."
"Ampun tuanku. Cuba tuanku bangun dari tempat duduk tuanku itu", kata bendahara.

Maka bangunlah Parameswara dari tempat duduknya. Setelah Parameswara bangun, bendahara membongkokkan badannya mengambil sesuatu dari tempat duduk Parameswara. Bendahara pun meneliti pokok itu sambil mengunyah sesuatu daripada pokok itu.

"Huarghhh..pedasnye, pedasnye... huarghh...," tiba-tiba bendahara itu menjerit dan terjun ke dalam air terjun di situ dan meminum airnya. Kesemua yang ada di situ merasa pelik.

"Afasal?" tanya Parameswara.
"Kalau tuanku nak tau itulah pokok cili," kata bendahara yang masih lagi berada di dalam air.
"Cili! Cantek nama tu. Dengar sini semua, mulai sekarang beta isytiharkan bahawa nama kawasan ini ialah Chile."
Manakala pengikut-pengikut beliau tercengang dan memandang sesama sendiri sambil merungut,"Cheh! Hari tu namakan Melaka macam ni jugak.Takde idea lain."

Asal Usul NEGERI SARAWAK

Suatu ketika dahulu, sebuah kawasan yang terletak di Asia Tenggara telah dijajah oleh penjajah. Adapun penjajah yang menjajah kawasan itu adalah dari golongan yang suka menjajah kerana kejayaan mereka hanyalah menjajah dan oleh sebab ituu mereka dikenali sebagai penjajah.

Di kawasan tersebut ada seorang apek yang berbangsa Cina dan bukannya bukan berbangsa Melayu atau India kerana gelaran itu hanya untuk orang Cina. Nama beliau ialah Lim Tat. Lim Tat dihormati dan dikenali oleh penduduk-penduduk di situ kerana beliau adalah seorang ahli fikir. Pada suatu ketika semasa beliau sedang berehat, maka terfikirlah dia tentang kawasan tersebut yang amat mudah dijajah oleh penjajah.

Lim Tat yang berpegang teguh dengan prinsipnya bahawa "batu dicincang takkan putus tetapi akan hancur" berpendapat bahawa kawasan itu mudah dijajah oleh penjajah adalah disebabkan sikap penduduknya yang tidak suka tolong-menolong.

Untuk menyedarkan penduduk di situ, Lim Tat telah memanggil semua penduduk untuk diberikan motivasi. Maka setelah berkumpul Lim Tat pun mengeluarkan pendapatnya.
"Hadilin sekelian. Adakah kamu semua tau kenapa kawasan ini amat mudah dijajah?" tanya Lim Tat kepada semua.
"Kenapa?" tanya semua yang hadir.
"Ini semua adalah disebabkan kelemahan dan kesalahan kita semua," kata Lim Tat.
"Apa lak salah kita. Ini semua salah penjajah le. Kalau mereka semua tak jadi penjajah maka penjajahan tak akan berlaku dan kawasan ini tak akan dijajah," kata salah seorang yang hadir di situ.
"Itu betul. Tapi kita semua tetap bersalah kerana tidak bersatu padu," kata Lim Tat.
"Apa lak macam tu. Booooo...!!" pekik suara yang hadir.

Oleh kerana suara hadirin lebih kuat dari suaranya, maka Lim Tat dengan perasaan marah terus menjerit dengan menggunakan mikrofon,"Ini semua salah awak semua!"
"Awak la yang salah," pekik hadirin.
"Salah... awak...!" Lim Tat menjerit seperti Tarzan.
"Salahh...awak...!" balas setiap yang hadir.
"SALAHHH... AWAKKK..!" Lim Tat menjerit dan hampir-hampir hendak menangis.

Selepas 93 tahun mepertahankan pendapat masing-masing sambil memekik "SALAH AWAK!" dengan nada yang kuat maka kawasan tersebut akhirnya diisytiharkan menjadi sebuah negeri yang dinamakan "salahawak". Sehinggalah datangnya orang-orang Jepun yang berdagang di situ menyebut "Sarrawak" yang akhirnya dieja SARAWAK oleh penjajah Inggeris.

Asal Usul ALASKA

Sebenarnya untuk pengetahuan korang semua, nama Alaska tempat yang penuh dengan air batu itu, telah diberikan oleh orang Melayu sendiri.

Kisahnya bermula ketika abad ke-11, masa tu Parameswara belum lahir lagi di dunia. Selat Melaka ketika itu telah dijadikan tempat persinggahan dan pertukaran barang bagi para lanun yang bermaharajalela di pelusuk Nusantara. Maka hendak di jadikan cerita, ketika itu ada seorang chief lanun yang bernama Sagong yang amat berkuasa di Laut China Selatan. Adapun Sagong ini tidak pernah berkunjung ke Selat Melaka. Oleh itu dia dan kuncu-kuncunya diketawakan oleh lanun-lanun yang lain. Kata mereka Sagong adalah chief lanun yang tak educated kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke Selat Melaka.

Sagong sebenarnya ingin sekali pergi ke Selat Melaka, tapi apakan daya, hasil rompakannya amat sedikit tambahan pula visanya telah ditahan oleh pihak imigresen kerana tak pernah direnewkan. Maka, terperaplah dia bersama kuncu-kuncunya di Laut China Selatan menjalankan aktiviti kelanunan dengan penuh kebosanan.

Adapun hendak dijadikan cerita lagi, Sagong telah berjaya menjalankan operasi kelanunan di sebuah kampung yang agak kaya. Habis harta orang kampung dikebasnya. Sagong dan kuncu-kuncunya sangat gumbira. Akhirnya harta mereka cukup untuk melayakkan mereka singgah ke Selat Melaka. Tambahan pula, visa Sagong telah dikembalikan semula kerana Sagong dah renewkan balik. Maka, tanpa berlengah-lengah lagi, Sagong and the crew pun bertolak menuju ke Selat Melaka walaupun mereka tak tahupun di mana lokasi Selat Melaka itu.

Adapun ketika sedang belayar, angin utara telah menukar arah kapal Sagong menuju ke Kutub Utara. So, matlamat mereka yang murni it, telah dipatahkan oleh kehadiran angin utara.

Setelah sebulan lamanya mereka belayar, akhirnya sampailah mereka ke Kutub Utara yang difikirkan oleh mereka Selat Melaka. Sagong berasa amat hairan lalu berkata di dalam hati,"Kat mana aku ni, Selat Melaka ke, peti sejuk? Sejuk semacam je tempat ni?"

Sedang Sagong berfikir tentang tempat yang baru disinggahinya itu, muncul kapal lain berhenti di sebelah kapal Sagong. Di atas kapal itu diamlah Lord Joe Benny, seorang pedagang berbangsa Kanada. Kebetulan pula ketika sedang dalam perjalanan mencari arah, dia terserempak dengan kapal Sagong yang difikirnya kapal orang asli di situ berdasarkan reka bentuknya yang agak kuno.

Pada fikiran Sagong pula, kapal Lord Joe Benny itu tentu salah sebuah kapal lanun yang ingin menukar barangan dengannya. Lalu, tanpa banyak bicara lagi, dia menjemput Lord Joe Benny masuk ke dalam kabinnya untuk berunding. Lord Benny yang masih terpinga-pinga itu pun bertanya sambil menunjuk-nunjuk-jari ke bawah, "What land is this?"

Sagong yang tidak tahu bertutur omputih itu menjawab dengan selamba,"Alas kaki."
Pada firasatnya tentu mat saleh itu bertanya tentang kain buruk yang menjadi pengalas kaki di kabin itu. Lord Joe Benny bertanya lagi,"What?"

"Alas kaki," Sagong berkata. Pada fikiran Sagong tentu mat saleh tu berkenan sangat dengan kain buruk pengalas kaki di kapalnya itu.
Sagong pun berkata,"Kalau kau nak sangat dengan kain buruk tu, kau ambik jelah. Tak payah bayar."

Lord Joe Benny pun menerima kain buruk pemberian Sagong dengan senang hati. Pada sangkaannya ia adalah tanda persahabatan dengan kaum orang asli.

Lord Joe Benny pun pulang ke kapalnya dengan gumbiranya. Malangnya apabila sampai saja dia ke kapal, dia terlupa nama 'newland' yang telah dijumpainya itu. Apa yang diingatnya cuma Alas ka... Alas ka... dan nama itulah yang ditulisnya di dalam diarinya itu. Apabila sampai ke negara asalnya, dia disanjung kerana menemui tanah jajahan baru yang diberi nama Alaska.

Bagi Sagong and the crew pula, mereka cuba mencari jalan ke tempat asal mereka tapi tidak berjaya. Akhirnya mereka mangambil keputusan untuk menetap di situ. Khabarnya nenek moyang orang Eskimo yang tinggal di Alaska adalah Sagong and the crew sendiri. Begitulah adanya.

Asal Usul DENMARK

Pada zaman dahulu kira-kira pada kurun ke-16 yang lalu, tinggallah seorang ibu dengan empat belas orang anaknya yang berasal dari Negeri Sembilan di Benua Eropah. Mereka menyara hidup dengan bermain bola sepak menentang kelab-kelab bola sepak yang ada di sana.

Bapa mereka telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan untuk pergi ke Benua Eropah beberapa tahun lepas. Jadi ibu merekalah yang menjadi pengurus bola sepak bagi anak-anaknya.

Pada satu hari mereka terdengar kabar angin mengatakan bahawa pertandingan bola sepak Benua Eropah akan berlangsung tidak lama lagi. Jadi pertandingan diadakan untuk memilih pasukan manakah yang akan mewakili negara tersebut.

Setelah berbincang dan mendapat kata sepakat, mereka bersetujulah untuk mencuba nasib. Maka berlatihlah mereka sekerap mungkin untuk mewakili negara tersebut.

Nak dijadikan cerita, sampailah mereka ke pertandingan akhir. Jika mereka menang, mereka akan mewakili negara itu. Seperti biasa, ibunya akan memastikan kesemua anaknya ada di situ dan dalam keadaan baik. Maka dipanggillah seorang demi seorang.

"Along.. ado tak?
"Den mak."
"Alang?"
"Den mak."
"Angah?"
"Den mak."

Kebetulan pada masa itu, urusetia pertandingan lalu dan terdengar mereka menyebut 'Den Mak' berkali-kali. Beliau yang tidak tahu langsung Bahasa Negeri Sembilan berminat benar dengan perkataan 'Den Mak' yang mereka sebutkan tadi lalu dipanggillah mereka dengan nama "Denmark". Setelah selesai perlawanan, pasukan "Denmark" menang dan mewakili negara itu. Memandangkan negara itu masih belum ada nama yang sesuai maka negara itu juga dinamakan "Denmark" sempena nama pasukan bola sepak yang berasal dari Negeri Sembilan itu.

Asal Usul Nama TEMPAT Di Melaka

Setelah lapan hari bermastautin di Melaka, Parameswara terasa ingin keluar berburu lalu diarahkannya para pegawai istana sepasukan lapan orang menyediakan perkaskas dan dengan kenderaan berkuda mereka berangkat masuk ke hutan. Selang beberapa ketika meredah hutan tiba-tiba melintas seekor pelanduk putih. Lalu kenallah Parameswara akan pelanduk putih itu yang menendang anjing pemburunya tempohari lantas ditambatnya hingga ke tengah hutan. Ketika sampai ke sebuah lubuk, Parameswara terserempak dengan rombongan Yap Ah Loy yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Maka segeralah Parameswara menjerit meminta Yap Ah Loy menghadang akan pelanduk putih yang sudah kelam kabut di tepi lubuk tersebut. Tetapi malang kerana pelanduk tersebut dengan pantas menendang Yap Ah Loy sehingga tercampak ke dalam lubuk. Maka diberi namalah oleh Parameswara akan lubuk di Melaka itu sebagai Lubuk Cina. Kerana terlalu marah akan perbuatan pelanduk putih itu, Yap Ah Loy pun menyumpahnya menjadi kapal. Sehinggalah kini kapal tersebut ada di T.L.D.M. Melaka dan diberi nama K.D. Pelanduk.

Asal Usul PANAMA

Pada tahun 1397 dahulu, tersebutlah kisah seorang Raja dari sebuah negara baru di benua Amerika sana datang bercuti ke Tanah Melayu. Tujuan sebenarnya bukanlah untuk bersantai sahaja, malah untuk mencari nama yang sesuai untuk negara barunya itu.

Setelah lapan belas bulan berada di Tanah Melayu akhirnya dapatlah beliau akan satu nama. Dipanggillah seorang bellboy di hotel persinggahannya yang bernama Kasim Endut untuk mendaftarkan nama tersebut di pejabat P.B.B. di New York.

"The name is... Kesantunasializia," kata Raja tersebut pada Kasim Endut. Fahamlah Kasim Endut dan pergilah dia ke New York untuk menyampaikan pesanan tersebut.

Perjalanan ke New York dari Tanah Melayu memakan masaselama empat tahun. Jadi terpaksalah Kasim Endut singgah di lapan tempat untuk berhat. Setiap kali singgah Kasim Endut mengingatkan nama tersebut, Kesantunasializia. Tetapi oleh kerana terlalu jauh perjalanan, setiap persinggahan ada saja huruf yang dilupa oleh Kasim Endut. Mulanya, Kesanasiaza. Kemudian, Kesazia. Akhirnya terlupa terus negara baru itu.

Setibanya di pejabat P.B.B. bertanyalah pegawai pendaftaran kepada Kasim Endut,"What's the name of your new country?"
Tercengang-cenganglah Kasim Endut sambil cuba mengingatkan nama yang panjang itu... "Err... apa nama ni... err.. pa nama.. panama..."
"Oh... Panama," ditulislah pegawai itu di borangg pendaftaran negara baru.

Beberapa tahun kemudiam pulanglah si Raja ke negaranya semula dan alangkah terkejutnya beliau apabila ternampak signboard 'Panama' di negara barunya itu. Dengan sebab itu juga Raja tersebut tinggal di negara jiran sehingga akhir hayatnya kerana malu dengan nama negara barunya.

Asal Usul MANILA

Pada zaman kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan dunia dalam tahun-tahun 1500an, pedagang-pedagang asing ramai yang datang berniaga disana sehingga peniaga-peniaga tempatan tension kerana tidak mendapat keuntungan seratus percent. Ini menyebabkan peniaga-peniaga tempatan bercita-cita untuk menjual hasil dalam negeri ke luar negeri. Salah seorang peniaga tersebut ialah Hang Lastari, cucu Hang Kasturi.

Hang Lastari popular sebagai peniaga batu kerikir, tetapi setelah adanya pedagang Arab yang berniaga batu akek di Melaka, maka tiadalah laku lagi batu kerikir Hang Lastari yang akhirnya membawa diri seperti kebanyakan orang Melayu yang suka merajuk. Pergilah Hang Lastari ke Filipina untuk mencuba nasib berniaga di sana.

Kebetulan tahap ekonomi di Filipina baru nak stabil dan ramai pula peniaga yang berniaga di situ, maka menjadikan negeri yang tiada lagi bernama itu membesar dan ramai pula penduduknya. Ini menyedarkan pembesar tempatan untuk memberi namasesuai untuk kawasan yang bakal menjadi ibu negara Filipina.

Maka dalam pencariannya, Raja Filipina memerintahkan khadamnya untuk mendengar pendapat orang ramai tentang nama sesuai. Pergilah khadam ke pasar besar sambil memasang telinga mendengar perkataan yang sesuai. Tibalah khadam ke gerai Hang Lastari. Terpikatlah khadam melihat batu kerikir yang pertama kali dia jumpa. Hendak membeli tiada berduit. Maka digenggamlah oleh khadam akan batu tersebut untuk memuaskan hatinya.

"Duitnya, bang?" Hang Lastari meminta.
"Hah?" Khadam tidak faham dan terus berlalu dari situ. Dia menyangka benda itu free.
"Duit... money... money la..." Hang Lastari berbahasa Inggeris. "Hah? Khadam masih tak faham dan mula berlari balik ke istana kerana dikejar oleh Hang Lastari.
Hang Lastari terus mengejar sambil menjerit,"Hei... duit... duit tu money la... money la!" Hinggalah ke dalam istana khadam dikejar Hang Lastari.

Khadam bersembunyi di belakang Raja. Raja Filipina terpinga-pinga melihat peristiwa itu. Hang Lastari pula terkejut kerana dia berada di dalam istana. Sambil berdiri tegak tanda hormat, Hang Lastari bercerita,"Dia ambik batu kerikir saya, tapi tak nak bagi duit."
Raja Filipina menggeleng tak faham. Hang Lastari pun menyambung,"Duit tu dalam bahasa Inggeris... money... duit tu money la... duit... money la!"
Raja Filipina tersenyum dan menepuk tangan gembira kerana menyangka Hang Lastari memberi nama bandar tersebut. Akhirnya Raja Filipina berkenan dengan perkataan itu dan menamakannya 'Manila'. Hang Lastari dihadiahkan sebidang tanah di Sabah tinggal bersama-sama khadam yang akhirnya membuka business apam balik di sana.

Asal Usul KINABALU

Pada tahun 1840an, sebelum Yap Ah Loy datang berdagang ke Kuala Lumpur, dia telah memerintahkan adik angkatnya yang bernama Lim Ah Tat pergi ke Timur Tanah Melayu bersama seorang rakan untuk survey terlebih dahulu. Mengikut perancangan awalnya, Lim Ah Tat disuruh membuka kedai membaiki motor di Brunei, tetapi tongkang yang dinaikinya pecah dan tersadai di Kudat. Di Kudat, Lim Ah Tat tidak putus asa. Dia meneruskan perjalanannya untuk ke Brunei jugak melalui jalan darat.

Setelah lapan bulan berjalan, maka sampailah Lim Ah Tat dan rakannya ke sebuah tempat yang lapang di kaki gunung. Semasa Lim Ah Tat baru hendak melelapkan matanya, tiba-tiba rakannya menjerit,"Wei...Blunai.. wa nampak Blunai!"

Lim Ah Tat tersentak dan terus berlari ke arah rakannya."Mana? Mana?" Lim Ah Tat bertanya.
"Ni..." jawab rakannya sambil menunjuk lubang hidungnya sendiri.

Benganglah Lim Ah Tat. Dia pun mengutip anak batu dan baling ke arah rakannya itu tetapi tidak kena. "Aiya! Talak kinna!" Lim Ah Tat merungut.

Lapan hari lamanya Lim Ah Tat cuba membaling rakannya itu tetapi tidak kena sehinggalah pada satu petang rakannya itu memanjat gunung sehingga ke puncak. Lim Ah Tat mengikur dari belakang. Satu masa yang tepat, Lim Ah Tat membidik dan terus membaling sehingga kena ke kepala rakannya itu.

"Balu kinna! Balu kinna..." jerit Lim Ah Tat penuh gembira.

Sempena tarikh bersejarah itu, Lim Ah Tat pun menulis perkataan 'balu kina balu kina balu kina' di atas beberapa batu besar di puncak gunung itu dengan tujuan untuk menyakitkan hati kawannya, yang akhirnya dijumpai oleh arkeologis beberapa tahun kemudiannya. Mereka menyangka itu adalah tulisan orang purba yang bermastautin di pucak gunung. Lantas menamakan gunung tersebut sempena satu baris tulisan yang cuma boleh dibaca iaitu 'kina balu' kerana yang lain-lainnya telah hilang akibat hakisan.

Asal Usul SUMATERA

Sekembalinya dari memungut ufti dari negara-negara bawah jajahannya, Datuk Laksamana Garnesh beserta seratus hulubalang singgah di sebuah pulau berhampiran Majapahit. Pulau besar yang tiada berpenghuni itu sejak zaman-berzaman terbiar tanpa sebarang pembangunan. Seluruh pelusuk pulau itu dijelajahnya, tiada apa yang ditemui selain hutan belantara, semak samun dan binatang-binatang hutan.

Sesampainya dia ke Majapahit dipersembahkanlah hal itu kepada Sultan Sri Wijaya a/l Ganesan.
"Tuanku, patik rasa ada elok juga kalu itu pulau kita kasi jajah sama dia."
"Sapa ada sana?" tanya Sri Wijaya.
"Tara sapa."
"Apa nama pulau itu?"
"Tara tau."
"Ada orang sana?"
"Tara."
"Rumah?"
" Tara."
"Sign-board?"
"Tara."
"Apa pun tara?"
"Hutan ada la... lain-lain suma tara."
"Suma tra?"
"Ya.. suma tara," jawab Laksamana.
"Okey kita ambil pulau itu.. sebab apa pun tara dekat sana, kita kasi nama Suma tara."

Gitu ler cerita asal-usulnya Pulau Sumatara yang kemudiannya dipanggil Pulau Sumatera.

Asal Usul TEHRAN

Satu masa dulu dalam tahun 1318, dua orang lanun yang bernama Sengkuang dan Lengkuas duduk termenung di atas perahunya kerana hasil rompakan mereka berkurangan sejak kebelekangan ini. Ini semua disebabkan kerajaan menggalakkan inflasi sifar, jadi tiada sesiapa pun yang membawa harta yang banyak ketika belayar.

Akhirnya Sengkuang dan Lengkuas mengambil keputusan untuk melanun di kawasan yang jauh dari situ. Negara yang menjadi destinasi mereka ialah Iran. Tidak pernah sebelum ini mereka merompak di darat. Itulah saja jalan terakhir untuk mereka untuk menjadi kaya.

Kebetulan pada masa yang sama, Raja negeri Iran mengisytiharkan satu pertandingan akan diadakan iaitu pertandingan mencipta nama ibu negara Iran. Hadiah-hadiah yang disediakan amatlah lumayan iaitu tiket kapal terbang pergi balik ke Segambut selama lapan hari, sebuah keretpi wap, banglow dan basikal racing. Maka berebut-rebutlah rakyat Iran mencari nama yang sesuai. Ada yang mencari di kawasan-kawasan terbuka, ada yang mencari di bawah pokok, di tepi sungai, di kaki bukit... kiranya mereka tdak duduk rumahlah sehari suntuk untuk mencipta nama ibu negara.

Peluang yang terbuka tidak disia-siakan oleh Sengkuang dan Lengkuas untuk menyamun rumah yang kosong. Habislah barang-barang dan peralatan rumah dicurinya sehingga tiada satu pun yang tinggal. Kayalah kedua-dua lanun dengan harta-benda hasil curiannya. Maka bersiap-siaplah mereka untuk pulang ke negeri asal mereka.

Dalam perjalanan pulang, lalulah Sengkuang dan Lengkuas di hadapan stadium yang telah dipenuhi oleh rakyat Iran yang menanti keputusan pertandingan mencari nama ibu negara. Terdengarlah mereka suara Raja Iran menyebut,"Maka diisytiharkan tiadalah pemenang semua hadiah mewah kerana tiada seorang pun yang dapat mencipta nama yang sesuai."

Tiba-tiba Sengkuang menjerit dari jauh,"Eleh... apa sangatlah hadiah mewah itu... tak dapat pun tak apa! Tak heran la! Tak heran!" kata Sengkuangyang berbangga dengan harta curiannya.

Lengkuas pun menyambung,"Ya la... tak heran! Booo... tak heran!"

Raja Iran yang mendengar jeritan itu terkejut dengan perkataan 'tak heran'."Saya suka perkataan itu... jemputlah kedua-dua orang itu mengambil hadiah."
Melihatkan semua orang menoleh kepada mereka, Sengkuang dan Lengkuas pun menjadi takut. Maka berlarilah mereka meninggalkan stadium negeri Iran itu.

Dengan itu lekatlah nama 'tak heran' yang telah ditukar ejaan menjadi Tehran, ibu negara Iran dan sehingga kini hadiah-hadiah masih belum di tuntut.

Asal Usul ANTARTIKA

Suatu ketika dulu di kepulauan Nusantara terdapat sebuah negara yang aman damai yang diperintah oleh seorang raja. Raja yang bernama Raja Abdul Karim akhirnya jatuh sakit setelah lapan puluh tahun memerintah. Semasa berbaring di atas peraduannya, dipanggillah Bendahara menghadap untuk menyampaikan wasiat. Diberitahulah kepada Bendahara bahawa baginda mempunyai sebuah lagi negara di Kutub Selatan sana dan jika baginda mangkat kelak bahagilah negara tersebut kepada salah seorang daripada dua orang putera kembar baginda yang bernama Putera Abdul Nafi dan Putera Abdul Izzudin.

Pada malam itu ketika Raja Abdul Karim sedang berehat, datanglah Putera Abdul Nafi menghadapnya sambil membawa segelas sirap. Melihat kebaikan puteranya itu, Raja Abdul Karim pun terus meminum air sirap itu untuk mengambil hati. Tetapi agak malang nasib Raja Abdul Karim sebab selepas lapan minit, matilah Raja Abdul Karim yang tidak mengetahui bahawa air sirap tersebut dibubuh racun secara sengaja.

Melihat keadaan itu, Putera Abdul Nafi amat gembira kerana dia tidak akan menunggu lebih lama lagi untuk memerintah negara di Kutub Selatan sana. Maka diberatahulah kepada Bendahara bahawa Raja Abdul Karim telah mangkat dan dia telah bersedia untuk ke Kutub Selatan.

Lapan hari kemudian, pergilah Putera Abdul Nafi ke Kutub Selatan meninggalkan saudara kembarnya Putera Abdul Izzudin yang kini memerintah negara di kepulauan Nusantara. Semasa melihat Putera Abdul Nafi berangkat, berkatalah Bendahara kepada Putera Izzudin,"Kasihan dia."
"Kenapa Mamak Bendahara?" tanya Putera Abdul Izzudin.
"Tiadalah ada apa-apa pun di Kutub Selatan sana melainkan air batu jua," jawab Bendahara dengan muka sedih.

Memang betul kata Bendahara. Putera Abdul Nafi kesejukan di sana sehingga hendak duduk pun susah. Bak kata tiada apa-apalah yang dapat dilakukan.

Mengenangkan kesusahan yang ditempuh oleh Putera Abdul Nafi, maka Bendahara pun menyuruhlah khadam untuk menghantar sekeping tikar ke Kutub Selatan supaya Putera Abdul Nafi selesa duduk di atas tikar.

Pergilah khadam ke Kutub Selatan dengan tikarnya. Dalam perjalanan bertanyalah orang ramai,"Pergi mana tu?"
Dijawablah oleh khadam,"Kutub Selatan."
"Kutub Selatan? Buat apa?"
"Hantar tikar!"

Sepanjang perjalanannya lebih lapan ratus kali orang bertanya dan lebih lapan ratus kali juga khadam menjawab,"Hantar tikar... hantar tikar."

Sehinggalah perkataan tersebut bersemadi di hati orang yang bertanya. Apabila memperkatakan tentang Kutub Selatan, Hantar Tikar tidak terlepas dari mulut mereka dan terkenallah Kutub Selatan dengan nama Hantar Tikar yang diubah ejaannya menjadi Antartika.

Asal Usul NORWAY

Selepas Parameswara berjaya menamakan sebuah negara di Eropah iaitu Perancis dan telah dihadiahkan tiket penerbangan ke Melaka oleh TDC, maka tinggallah pengikut-pengikutnya yang lain di Perancis. Mahu tak mahu tinggallah mereka di sana kerana kapal yang membawa mereka ke sana telah rosak dan tidak boleh diguna lagi. Kerana ingin juga pulang ke Melaka, maka bertekadlah mereka semua walau terpaksa berjalan kaki sekalipun. Maka berjalanlah mereka segerombolan tanpa arah tujuan kerana tiada sesiapa yang membawa peta dan kompas ketika itu.

Dipendekkan cerita, maka sampailah mereka di sebuah negara yangtak bernama dan rata-rata penduduk tempatannya orang putih. Oleh kerana keadaan negara yang sejuk itu, bersetujulah mereka untuk berehat di situ barang sebulan dua untuk melepaskan lelah dan berehat setelah berjalan berbulan-bulan lamanya. Akan tetapi terpaksalah mereka meminta keizinan penduduk tempatan, dikhuatiri akan berlaku pergaduhan pula nanti. Seorang dari mereka pun bertanya kepada seorang putih yang dianggap sebagai ketua di situ.
"Kami nak berehat di sini buat beberapa waktu, boleh ke tak boleh?"
Malangnya dengan angkuh mat saleh itu menjawab,"No way man... no way!"
"Alaaa... takkan tak boleh, bolehlah..."
"No way, I say no way!"

Maka berlanjutanlah pertanyaan itu tetapi tetap ditolak oleh mat saleh yang kerek itu. Berlanjutanlah perkara itu hingga menjadi perbalahan antara mereka selama berminggu-minggu lamanya. Akhirnya, bosanlah mereka dengan sikap penduduk tempatan yang sombong dan tidak mahu menjalinkan persahabatan itu. Mereka pun membuat keputusan untuk meninggalkan negara itu tetapi mereka kana membuat sesuatu untuk membalas perbuatan orang-orang putih itu.

Pada waktu malam, mereka pun mencuri beberapa buah kereta lembu dan meninggalkan negara itu dengan segera. Akhirnya setelah bertahun-tahun dan berjanggut-janggut mengembara, sampai jualah mereka ke Melaka. Maka diceritakanlah oleh mereka tentang kesombongan penduduk-penduduk negara yang telah mereka jumpai itu kepada Parameswara. Lalu bertanyalah Parameswara, "Negara apakah itu? Cuba kamu bagitau beta!"
"Entah tapi mereka asyik sebut no way... no way!"

Jadi sejak itu, negara itu dipanggil 'No way' atau ejaan barunya Norway. Dan satu lagi perkara, kereta lembu telah menjadi kenderaan tradisional yang terkenal di Melaka sejak itu. Dipercayai kereta lembu yang di pulang ke Melaka adanya.

Asal Usul PERANCIS

Sebelum Parameswara menjajah Melaka dan Temasek, kapal yang membawanya dari Indonesia telah ditiup angin ribut hingga ke benua Eropah. Oleh kerana Parameswara bersama pengikutnya tidak tahu di mana mereka berada, mereka terpaksa bertanya kepada rakyat tempatan. Tetapi malangnya rakyat tempatan juga tidak tahu apa nama negara yang mereka duduki. Ini membuatkan Parameswara semakin pening kepala.

Pada masa yang sama, tentera England telah menewaskan jajahannya hampir ke seluruh England. Parameswara tidak tahu akan hal ini. Dia bersama pengikutnya terus mengembara ke seluruh negara barunya untuk mengetehui apakah nama negara tersebut. Tiba-tiba kepala Parameswara. Rupa-rupanya tentera England telah sampai ke negara tersebut dan menggunakan lastik sebagai senjatanya. Parameswara pun bertanya kepada pengikutnya,"Apa kamu buat kalau kamu dilastik?"
Maka dijawab pengikutnya,"Perang!"
Disahut pula oleh tentera England,"Chish!"
Sehingga lapan tahun mereka bersahut-sahutan,"Perang!" "Chish!"

Akhirnya mereka tidak jadi berperang kerana semua tentera telah tua. Rakyat tempatan yang menunggu mula merungu,"Apa la... dari dulu perang-chish perang-chish tak habis-habis! Tak perang pun! Kang aku namakan negara aku ni perang chish kang baru tau!" Maka dari situlah timbulnya negara 'perang-chish' atau mengikut ejaan barunya 'Perancis' dan sebagai mengenang jasa Parameswara telah dihadiahkan tiket kapal terbang ke Melaka oleh T.D.C.

Asal Usul CALIFORNIA

Hang Tuah diberi tiket percutian oleh Sultan Melaka ke sebuah tempat yang masih belum bernama sebagai hadiah kerana berjaya membunuh Hang Jebat. Maka belayarlah Hang Tuah dan tiga sahabatnya iaitu Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu. Sesampainya di tempat itu utusan Hang Tuah disambut dengan penuh gilang gemilang oleh pemerintah tempat tersebut. Kebetulan pula hari itu satu pertandingan menamanakan tempat tersebut sedang diadakan.

Pemerintah membawa Hang Tuah dan rombongan melawat temasya di mana pertandingan akan dijalankan. Sesampainya di situ Hang Tuah terpegun melihat penduduk yang memakai baju beraneka warna, lampu-lampu berkerlipan dan berbagai perhiasan di tapak pesta. Kerana terlalu seronok Hang Tuah terjerit "Wow... colourfulnya!"

Pemerintah yang terdengar perkataan itu terus membatalkan pertandingan kerana dia berpendapat nama yang diberikan oleh Hang Tuah cukup menarik. Sehingga kini tempat itu dikenali dengan nama 'CALIFORNIA'.

Asal Usul BRAZIL

Pada zaman dahulu ada sebuah negara di sebelah selatan benua Amerika yang masih belum bernama walaupun negaranya aman damai. Oleh itu Raja Negara itu memerintahkan puteranya mencipta nama yang sesuai bagi negara itu.

Hari demi hari, sehelai demi sehelai rambut puteranya itu gugur kerana pening kepala akibat memikirkan nama negara yang sesuai. Dengan keadaan kepalanya semakin botak, maka salah seorang pegawai istana menegur, "Tuan Putera... nampaknya rambut Tuan semakin gugur. Tiadakah ubat yang boleh merawat rambut Tuan itu?"
"Iya ke?" tanya Putera Raja. Maka Putera Raja melupakan tentang nama negara yang sesuai dan mula memikirkan ubat rambut pula. Semakin difikir semakin gugur pula rambutnya. Maka tiada tertahan lagilah Putera Raja dengan keadaan rambutya itu.

Satu hari terfikirlah Putera Raja untuk memanggil siapa saja untuk mengubat rambutnya itu dan akan menghadiahkan sebuah rumah di atas bukit. Seorang demi seorang datang tetapi tiada sesiapa pun yang dapat mengubatnya. Maka pada suatu hari adalah dua orang Jawa dari Tanah Melayu meminta permit berniaga di kawasan pasar besar. Lalu ditanyalah Putera Raja, "Apa yang kamu niaga?"
"Baja jagung, Tuan Putera," jawab pedagang tersebut dengan menggunakan bahasa isyarat.
"Boleh baja rambut tak?" tanya Putera Raja lagi, juga dengan bahasa isyarat.
"Kami tak pernah cuba, Tuan... tapi kalau Tuan benarkan kami akan cuba..."

Maka Putera Raja pun menyapu baja jagung ke kepalanya supaya ditumbuhi rambut. Lalu diikutkan saja perintah putera raja itu walaupun tidak pernah dilakukannya. Mereka pun menunggu hingga ke petang. Akhirnya beberapa helai bulu jagung tumbuh di kepala putera raja, dan bersoraklah kedua-dua pedagang Jawa itu kegembiraan sambil menjerit, "Berhasil! Berhasil!"

Putera Raja yang mendengar sorakan itu meraba-raba kepalanya. Kemudian mengangguk puas hati. Bukan itu sahaja, Putera Raja juga berkenan dengan perkataan 'berhasil' jeritan pedagang itu. Lalu dinamakanlah negara itu dengan nama 'Brazil' mengikut slang orang-orang Brazil. Dengan sebab itu juga ada di antara orang Brazil yang berambut perang mengikut keturunan Putera Raja Brazil yang berambut bulu jagung!

Asal Usul SINGAPURA

Dikhabarkan oleh orang dulu-dulu kononnya suatu masa dahulu ujud sebuah pulau kecil di selatan Semenanjung Tanah Melayu, Temasik namanya. Tersangatlah masyhornya pulau ini kerana penduduknya yang anggun lagi bergaya. Tidak pernah ketinggalan mengikuti perkembangan fesyen semasa.

Saban hari tiadalah lain kerja penduduk Temasik selain dari bergaya dan melawa. Oleh itu ramailah pedagang dari India yang berlumba-lumba memperdagangkan hasil jualan kain dan tekstil di pulau tersebut. Maka terleka dan asyik mahsyuklah penduduk Temasik sehinggakan lupa untuk bekerja. Siang malam hanya memperagakan pakaian sahajalah kerjanya, sehinggakan ada diceritakan fesyen khusus untuk mandi dan ke tandas pun turut direka cipta.

Tabiat boros berbelanja akhirnya membawa kepada masalah kewangan yang semakin kritis. Para pedagang juga semakin takut untuk datang ke Temasik kerana hasil jualan mereka yang makin merosot. Akan tetapi tiadalah pedagang ini mengadakan mogok sebaliknya mereka bermesyuarat untuk mencari satu formula yang lebih berkesan. Akhirnya dapatlah kata putus mereka untuk memperkenalkan jualan secara ansuran pula. Apabila sampai berita ini kepada penduduk Temasik bersorak-sakanlah mereka kerana harapan untuk terus anggun rupanya masih belum tamat. Dibelanjakanlah segala baki wang yang ada sebagai wang pendahuluan.

Apabila genap sebulan datanglah kembali para pedagang India itu untuk memungat ansuran bulanan. Terdiamlah penduduk Temasik ketika itu kerana mereka sudah tidak punya wang lagi, hatta makan minum merekapun hanya sekadar apa yang ada. Akhirnya pulanglah para pedagang itu dengan hampa.

Sebulan kemudian datanglah semula pedagang itu, tetapi hasilnya tetap kosong. Penduduk Temasik sudah muflis semuanya dan pakaian mereka juga sudah tidak seanggun dulu. Semenjak hari itu bersumpahlah para pedagang tidak akan singgah lagi di Temasik, sebaliknya mereka hanya meneruskan perjalanan ke Indonesia pula. Penduduk Temasik hanya dapat memandang dan memanggil- manggil dari jauh. Akhirnya apabila keadaan sudah semakin terdesak maka bertempiklah penduduk Temasik apabila nampak kapal-kapal pedagang yang lalu di perairan pulau. Kerana jarak antara kapal dan pantai yang jauh maka bertempiklah mereka dengan sekuat hati.

"Hoi para pedagang, singgahlah sini dulu!"
"Marilah singgah, singgahlah dulu, singgahlah! Singgah! Singgah! Singgah...!"
"SINGGAH! SINGGAH! SINGGAH!"
Demi terdengar sahaja kepada para pedagang itu maka marahlah mereka dan membalas tempikan. "Cit porrah!"

Akhirnya berbalas tempikan antara mereka. Apabila penduduk Temasik bertempik "singgah" maka dijawab pula oleh mereka "Porrah".

Kebetulan paula Parameswara yang ketika itu baru sahaja mendarat di pulau itu kerana melarikan diri dari Indonesia telah menyaksikan peristiwa berbalas tempik itu. Baginda yang masih belum tahu nama pulau itu, demi terdengar sahaja tempikan singgah dan dibalas dengan porrah itu terus menamakan pulau itu sebagai Singgah Porrah atau dikenali sekarang sebagai Singapura.

Asal Usul NEGERI KEDAH

Kisah bermula apabila lima pemuda yang hensem-hensem dan bersopan-santun lagi merendah diri pergi merantau sambil makan angin. Kelima-lima pemuda tersebut berbuat begitu kerana ingin mencari kelainan di tempat orang. Setelah berminggu-minggu berjalan maka sampailah mereka ke satu tempat yang tiada berpenghuni.

Maka berkatalah pemuda satu,"Negeri apakah ini?" Keempat-empat kawannya menggeleng kepala. Lalu mereka berhenti untuk menghilangkan penat. Tiba-tiba pemuda dua mengadu perutnya memulas.

"Aku sakit perut!" Dengan tidak semena-mena kawannya yang lain turut juga mengalami sakit perut. Oleh kerana menghormati satu sama lain, mereka pun berbincang untuk membahagikan kawasan. Berpecahlah mereka kepada lima bahagian dengan membuat petak-petak sempadan. Mereka berjanji akan selalu bertanya antara satu sama lain setiap dua minit sekali kerana takut salah seorang dari mereka akan hilang. Maklumlah tempat itu teramat sunyi dan asing bagi mereka.

"Belum ke sudah?" tanya pemuda satu selepas dua minit.
"Belum!" jawab kawannya serentak. Begitulah seterusnya hinggalah masing-masing keletihan bertanya dan menjawab. Maka pertanyaan pun diringkaskan.
"Ke dah?" tanya seorang.
"Belum," yang lain menjawab.

Akhirnya setelah berjam-jam bersoal jawab, maka perut mereka pun kembali pulih seperti biasa. Dalam keletihan untuk berjalan pulang, bertanyalah salah seorang dari mereka,"Ke dah?"
"Dah", jawab yang lain. Kerana merasakan tempat itu tidak sesuai untuk mereka maka berjalanlah pulang kelima-lima pemuda itu balik ke negeri mereka semula. Selang beberapa bulan kemudian sepasang suami isteri sampai di situ pula. Tiada orang lain melainkan mereka berdua sahaja.

Mereka amat terkejut melihat satu tumbuhan subur dalam lima petak yang elok sempadannya. Kerana mahu mengambil buah-buah bewarna keemasan itu maka mengetamlah mereka. Oleh kerana tanaman itu subur maka letihlah suami isteri tersebut, ditambah pula dengan luasnya kawasan tanaman itu. Bertanyalah suami kepada isterinya,"Dah ke?"
"Belum."
Begitulah seterusnya sehingga selesai tiap-tiap satu petak tanaman itu. Bertanyalah lagi suami pada isterinya,"Dah ke?"
"Dah."

Dipercayai kerana saban tahun bertanya 'dah ke' dan dijawab pula 'dah' pada setiap kali mengetam maka resminya negeri tidak bernama itu dikenali dengan Kedah hingga sekarang. Petak- petak yang dipelopori oleh lima bersaudara itu juga dipercayai sebagai petak sawah sekarang. Padi yang menunduk itu juga dikatakan hasil dari badi lima bersaudara yang tinggi meninggi diri itu.

Begitulah kononnya pun.

Asal Usul NEGERI TERENGGANU

Pulau Pinang mendapat namanya bersempena dari buah pinang. Terengganu juga sebenarnya mendapat nama dari sejenis buah. Mengikut batu bersurat yang ditemui di Kuala Ibai pada tahun 1612 Terengganu mendapat nama dari buah terung.

Kisahnya bermula apabila seorang pengembara bernama Awang Sulung Merah Jambu bersama pengikut- pengikutnya pergi merantau. Mereka datang dari sebuah kampung tidak bernama bersebelahan dengan negeri Melaka yang sudah wujud ketika itu. Tujuan mereka merantau tidak lain ialah untuk mencari kawasan yang subur dan boleh dibuka menjadi sebuah kampung baru mereka. Ini kerana tempat tinggal mereka yang lama sudah terlalu sesak dan tidak lagi selesa untuk didiami. Setelah dua bulan merantau Awang Sulung merasa gelisah kerana tempat yang mereka idam belum ditemui. Mereka akhirnya berhenti di suatu kawasan atas arahan Awang. Menyedari bekalan makanan mereka sudah kehabisan, Awang Sulung pergi mencari timbut kayu dan buah-buahan hutan yang boleh dimakan. Awang Sulong terperanjat apabila terjumpa sejenis buah bewarna ungu. Seumur hidupnya belum pernah dia melihat buah sedemikian rupa. Dia pun memanggil anak buahnya lalu bertanya, "Tahukah kamu buah apakah ini?"
"Tahu... saya tahu!" kata Anjang Hitam, salah seorang pengikutnya yang setia.
"Apakah namanya?" tanya Awang Sulong lagi.
"Err... terung... terung... err.. terung..." jawab Anjang tergagap gagap. Anjang ingin menyebut terung ungu tetapi warna ungu begitu asing baginya krana itulah pertama dia melihat warna sebegitu.
"Terung apa Anjang?" tanya Awang sekali lagi.
"Terung.. err, terung anu... terung anu..." jawab Anjang akhirnya.
"Apa? Terung
anu? Ganjil betul nama itu. Tapi buah ini betul-betul menarik kerana ianya lain dari yang lain."

Kerana tertarik dengan buah sebijik itu mereka sepakat membuka penempatan baru di situ dan sebulat suara menamakan tempat itu Terengganu. Perkataan Terengganu yang ada hari ini dipercayai berasal dari perkataan 'terung anu' tersebut. Ada juga sumber yang mengatakan bahawa ITM Dungun yang wujud hari ini dibina betul-betul di kawasan terjumpanya pokok terung tersebut.

Asal Usul KANADA

Nama sebuah negara di sebelah utara Amerika Syarikat dicipta oleh seorang pelari jarak dekat yang terkenal di dunia. Dia mendapat nama tersebut daripada perkataan Bahasa Melayu.

Ceritanya begini... pada suatu masa dahulu di tempat lahir pemuda itu tidak mempunyai sebarang nama. Bukan itu sahaja, negara tersebut mempunyai undang-undang yang ganjil. Pemuda berkulit hitam itu telah dihukum buang negeri kerana melakukan kesalahan tidak berlari semasa berada di luar rumah seperti apa yang telah ditetapkan oleh pemerintahnya. Pemuda itu telah membuat surat rayuan, maka hukumannya diringankan. Dia disyaratkan mencipta satu nama bagi negara tersebut dalam 3 bulan sambil berlari.

Dalam pada itu di sebuah negara di Tanah Melayu, tinggallah seorang pemuda Melayu yang bernama Seman. Beliau sangat suka merantau dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sampai di salah satu negara yang dilawatinya beliau terasa hairan kerana semua penduduknya suka berlari, tak kiralah samada berlari pantas ataupun berlari perlahan.

Apabila pulang ke Tanah Melayu, diceritakannyalah kepada rakannya yang lain. "Mana ada!" Kata rakannya yang tidak percaya dengan cerita Seman itu. "Mana ada orang suka berlari sepanjang hari... buat penat badan aje!"

Tidak berapa lama kemudian setelah kumpul duit tambang, Seman pun membawa rakannya ke negara tersebut untuk membuktikan bahawa kata-katanya itu adalah benar. Setelah hampir dua bulan setengah mereka berlayar, akhirnya sampaiklah ke negara tersebut. Di pantai mereka nampak semua penduduknya berlari ke sana ke sini, tiada seorang pun yang berjalan. Dengan suara lantang, Seman menyebut... "Haaa.. KAN ADA!"

Pada masa yang sama kebetulan pemuda berkulit hitam yang sedang berlari sambil mencari idea mencipta nama negara di hari-hari terakhir hukumannya terdengar teriakan Seman yang lantang itu. Perkataan yang tak pernah didengarnya sebelum itu telah mencetuskan idea dan menyelamatkan dirinya dari dibuang negeri. Akhirnya dengan persetujuan para juri negara tersebut dengan rasminya menamakan negara tersebut sebaga "KAN ADA" atau ditulis dalam Bahasa Inggeris CANADA.

Dengan itu juga layaklah pemuda berkulit hitam tersebut yang bernama Ben Johnson menjadi warganegara tersebut dan sekaligus layak mewakili negaranya ke Sukan Olimpik dan telah pun banyak memenangi pingat dalam acara larian.

Asal Usul PAHANG

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

"Hamba cadangkan nama Karma Sari."
"Hamba pula cadangkan Margapura."
"Karma Sari lebih molek."
"Molek lagi Margapura."
"Pilihlah Karma Sari!"
"Margapura!"
"Karma Sari!"
"Margapura!"
"Karma Sari molek!"
"Molek lagi Margapura!"
"Tengkorak hang!"
"Opah hang!"
"Opah hang!"

"Sudah! Sudah!" Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,"Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi... haaa? Opahang! Ya... opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang." Demikianlah kisahnya.

Selasa, 28 April 2009

Masuk Penjara

Suatu hari 2 orang kanak-kanak sedang berbual di sebuah taman.
Mereka bernama Amin dan Susan
Susan: “Min, kenapa kau sedih?”
Amin: “Ayahku masuk penjara.”
Susan: “Kenapa?”
Amin: “Ayah pecahkan kaca tingkap…”
Susan: “Hah…pecahkan kaca tingkap pun masuk penjara?”
Amin: “Dia pecahkan tingkap kapal selam.”
Susan: “Patut le…”

Made In Japan

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.
Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.
“Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.
“Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.
“Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.
Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..
“RM100 please…” kata pemandu teksi selamba.
“What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.
“Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.

Bogel

Kitty dan suaminya sedang mandi bertelanjang dalam bilik air ditingkat atas rumah mereka, tiba tiba lonceng pintu berdering…ring ..ring..ring….Maka
si Kitty terus membungkus tubuhnya dengan tuala dan berlari kebawah untuk membuka pintu.
Rupa-rupanya, Robert jiran rumah mereka berdiri di depan pintu dan berkata ” Oh..Minta maaf kerana menggangu u yang sedang mandi..”
Kitty menjawap ” tidak apa, biasalah tu..apa u mahu”
Robert terus dengan ghairahnya menjawap ” Ohh..Kitty..u mempunyai kulit putih melepak harus bak sutera , jika I offer u RM100.00 sanggupkah U menanggalkan tuala bahagian atas sebagai balasan???”
Dengan secepat kilat tanpa berfikir panjang maka ditanggalkan bahagian atas tuala memperlihatkan buah dadanya yang menbukit demi wang RM100.00..
“WOW” Robert dengan mata terbeliak menghayati buah dadanya yang secara langsung memberangsangkan semangatnya sekaligus menawarkan RM100.00 lagi kepada Kitty untuk menanggalkan kesemua tualanya!!
“kenapa tidak” balas Kitty “itu ganjaran yang amat lumayan” dan terus melonggarkan tualanya memperlihatkan keayuan tubuh yang mengiurkan tanpa seurat benang pun!!.
Maka Robert dengan air liur yang meleleh keluar dan merasa rimas yang amat ketara seperti disimbah air sejuk dengan bahagian zip seluar yang seakan-akan pecah terus menyerahkan Note Rm200.00 kepada Kitty tanda kepuasa yang tak terhingga sambil berlari pulang ke rumahnya untuk melakukan latihan ‘menembak’.
apabila Kitty kembali ke bilik air untuk menyambung balik mandinya maka suaminya bertanya ” Siapa yang membunyikan lonceng pintu ?”
“Jiran kita, Si Robert” Jawap Kitty
“Robert??” Tanya Suaminya “Adakah dia memulangkan Wang RM200.00 yang dipinjam dari saya tempoh hari??”

Kawan Baik

Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal
Bakar: (Sambil ketawa tanpa simpati). Amin, lawanya ’stokin’ kau. Beli kat mana? Hahaha…
Husin: (Turut ketawakan Amin). Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah…
Amin: (Dengan muka sedih). Aku jatuh motor lah.
Bakar: Tu la… Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor.. Hahaha… (Masih lagi gelakkan Amin)
Amin: Tapi, aku jatuh pakai motor kau, Bakar…
Bakar: Tidak!!!.. TZM aku.. Kau kejam, Amin. (Dah menangis..)
Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya.
Amin: Lepas tu pulak kan…
Husin: Ha ah.. ( sambil gelak…)
Amin: Aku terlanggar pulak awek kau, Rosnah. Sekarang tengah ICU kat hospital.
Husin: Tidak!!!… Awek aku..( Kali ini dia ni pula menangis..)
Moral: Jangan gelakkan orang.

Bijirin

Udin disiapkan sarapan pagi bijirin dengan susu oleh ibunya. Udin yang mempunyai aquarium, berjalan ke arah aquarium dengan segenggam bijirin di tangan, berniat memberikan bijirin tersebut untuk makanan ikan-ikan di dalam aquarium. Tepat ketika Udin nak berikan bijirin, ibunya masuk ke ruang makan.
Si ibu: “Udin, jangan kamu berikan bijirin itu kepada ikan. Nanti ikan semuanya akan mati”.
Dengan wajah pucat Udin menjawab, “Habis tue, kenapa Ibu bagi bijirin ini kepada saya?”.
Si ibu: @#^%@^!!

Jangan Menyampuk

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut
aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas
aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang
disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
“Haa, camna sekarang ?”
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, “Ok gak ler”. Kemudian suara tu bertanya lagi,
“Kau nak gi mana ni??”
Iskk… Aku mula rasa musykil… tapi aku balas, “Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit”
Lepas suara tu bertanya lagi, “Bila kau nak gerak ni??”. Aku selamba jer kata, “Lepas aku sudah ni,
habis beli aku chow la”.
Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
“Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya
soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!
Moral: jangan menyampuk time orang bercakap.

Isnin, 20 April 2009

Cepat Kering

Ada doa orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang.Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu. Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif
dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu
cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka. Keesokan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau ! ! ! ! ! ! ! ! ! mula berkata, "Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran
yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab, "tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".

Posmen

Seorang posmen yang datang menghantar surat.

" Assalamualaikum "

" Walaikumsalam "

" Ni rumah encik encik Sameon ye?

" Ya saya"

" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "

" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje

Nama Ibu Kota Negara

Suatu pagi ketika pengajaran geografi dikelas 3 merah sekolah Titom, Seorang Cikgu bertanya kepada murid-muridnya satu persatu tentang ibu kota negara.

Cikgu: "Palin, cuba sebutkan ibukota Britain?"

Palin: "London, Cikgu!"

Cikgu: "Bagus, kamu pulak Apis, sebutkan ibukota Malaysia?"

Apis: "Pasti Kuala Lumpur, Cikgu."

Cikgu: "Bagus, dan sekarang kamu Lola ibukota Peru?"

Lola: "Lima, Cikgu!"

Cikgu: "Bagus, sekarang kamu sebutkan satu persatu ibukota Peru."

Lola: @#$#@!

Sabtu, 11 April 2009

daging

Suatu pagi datanglah seorang penjual daging ke sebuah taman di Bandar Klang. "Dagiiiiing! Dagiiiiiiiiiinnngg!!!" jeritnya. Manakala di sebuah rumah, Abu, seorang pekerja kilang baru sahaja habis kerja dan hendak tidor terdengar jeritan si penjual daging yang menyakitkan telinga itu.

Abu: "Hoi Penjual daging! Engko nie takde HATI PERUT ke hah....!!!???"

Penjual daging : "Maaf encik kebetulan hari nie hati, perut sume dah dijual,tinggal daging jer..."

Jumaat, 10 April 2009

yang paling cepatttttttt

Jusoh telah diamanahkan supaya memilih dari calon-calon yang memohon untuk mengisi jawatan yang telah ditawarkan. Setelah menyusun dan mencari dari biodata-biodata yang diterima, dia dapati ada 4 pemohon lelaki yang sama dari segala segi kelayakan mereka. Jusoh kemudiannya memutuskan untuk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut untuk bersemuka. Dia merancang untuk menanya satu soalan yg akan menentukan siapa sebenarnya yang lebih layak untuk jawatan tersebut.

Harinya pun tiba. Sebaik saja keempat-empat lelaki tersebut mengambil tempat duduk masing-masing dalam bilik temuduga, Jusoh terus bertanya, "Beritahu saya, apakah perkara yg paling cepat sekali berlakunya?" sambil menunding jarinya kepada lelaki yg pertama. Lelaki pertama dengan penuh keyakinan menjawab, "Fikir. Ia muncul tiba-tiba dalam kepala. Tiada amaran awal tentang kehadirannya. Fikir adalah kejadian yg paling pantas yang saya tau". "Itu sudah bagus!" Jawab Jusoh.

"Apa pendapat awak pula?" dia bertanya pada lelaki yang kedua. "Hmm... ok... Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun. Itulah yang terpantas sekali berlakunya". "Tepat!, Sekelip Mata.. selalu digunakan untuk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu" sambut Jusoh.

Dia kemudiannya berpaling kepada lelaki ketiga yang terus memberikan jawapannya. "Apabila suiz lampu di'ON' kita akan dapati lampu segera mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau sedetik pun. Pergerakan cahaya itulah yang tercepat dan terpantas yang saya tahu". Jusoh amat terpikat dgn jawapan yg diberikan, dalam fikirannya tertera inilah orang yang dia cari.

Walaubagaimana pun, dia berpaling kepada lelaki keempat lalu mengajukan soalan yang sama. "Setelah mendengar ketiga-tiga jawapan tadi, nyatalah kepada saya iaitu perkara yg paling pantas sekali berlakunya adalah 'berak cair'. "APA?!" Terperanjat Jusoh dgn jawapan yang diberikan.

"Oh biar saya jelaskan" kata lelaki keempat itu, "Ceritanya begini, suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas. Tapi, sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun dan belum sempat saya 'ON' suis lampu tandas tu, saya sudah terberak cair dalam seluar saya."

Cuti Sakit

Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.
Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?
Cikgu : Ya, saya.
Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
Salmah : Emak saya...

Setem

Disebuah negeri terdapat beberapa orang Raja yang memerintah. Raja-raja di negeri itu pulak ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang terkenal dengan kediktatorannya.
Pada satu hari Perdana Menteri tersebut telah merasmikan pembukaan pejabat pos. Apabila beliau melawat pameran sempena perasmian pejabat pos berkenaan beliau terkejut kerana hampir kesemua setem-setem yang dipamirkan mempunyai gambar-gambar Raja. Beliau dengan angkuhnya memanggil pengarah jabatan pos dan menyuruhnya menggantikan muka-muka Raja tersebut dengan wajahnya.
Selang beberapa hari beliau berbangga kerana muka-muka Raja tersebut telah tiada dan wajahnya yang tertera di situ. Selepas seminggu berlalu, beliau mendapat berita yang mengatakan surat-surat yang dipos tidak ditampal dengan setem wajahnya.
Dengan marahnya beliau telah memanggil pengarah jabatan pos dan bertanya mengapa kesemua surat-surat tidak ditampal dengan setem wajahnya. Pengarah mengatakan bahawa setem-setem tersebut tidak lekat apabila ditampal kerana semua pengguna tidak meludah setem itu di belakang setem sebaliknya meludah di bahagian hadapan setem...

Nyonya Mei Lee

Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL
untuk kali pertama selepas menang loteri. Beliau check-in disebuah
hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik
penginapan Nyonya Mei Lee. Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti
langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu,
Nyonya Mei Lee melihat ke sekeliling. Beliau tetiba menjadi marah lalu
berkata kepada pelayan tersebut. "Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua,
mali dari kampung, tatak tau duduk hotel.. sudah baya latut latut, lu
kasi ini bilik ka??! kicik!! tatak tibi, tatak lemari tatak apa pun???
katil mau titun pun tatak????, haiyyaaa.. mau tipu olang ka??!!" Lalu
pelayan itu pun menjawab, "Sabar Nyonya, ini baru lift, maaa...."

terong

Khas buat kaum wanita, terutama yang suka masturbasi
Ada seorang wanita datang ke klinik, umur 50 tahun, penampilan
masih ok lah, dia mengeluh kencing kadang-kadang ada rasa sakit.
Biasalah
doktor pun melakukan pemeriksaan rutin termasuk menyuruh wanita itu >
periksa urinenya. Besok paginya si wanita itu kencing dan dimasukan
ke botol
lalu menyuruh pembantunya untuk bawa botol itu ke klinik, pada waktu
itu hujan lebat dan pembantu si wanita itu tiba-tiba tergelicik,
sehingga menyebabkan botol yang dibawanya pecah. Dia bingung nak
minta majikannya kencing lagi takut, pasti kena hamuk, lalu dia
berpikir, lebih baik aku ganti air kencingku aja daripada kena hamuk. Si
pembantu itu
pun cari botol dan kencing lalu dikirim ke klinik dan dia pulang sambil
membawa resit tanda terima lalu diserahkan kpd majikannya.
Keesokan harinya wanita itu datang ke klinik lagi, dan doktor itu
terkejut melihat hasil urinenya, lalu bertanya kpd wanita itu:

Doktor : Puan mempunyai suami?

Wanita : Tidak, udah lama jadi janda, suami saya meninggal.

Doktor: : Maaf, apakah puan punya boyfriend atau lelaki yang
suka menemani puan.
Wanita: Tidak, saya dirumah saja, kadang2 ikut kegiatan so
sikit- sikit.

Doktor jadi tambah bingung, tapi sebagai doktor mesti berwibawa
dimuka pesakit, akhirnya doktor itu berkata:

Doktor : Puannnnnn, dengan nada sehalus mungkin, dari hasil >
pemeriksaan air kencing yang saya jalankan saya mengucapkan tahniah >
kepada
puan,kerana ternyata puan saat ini sedang mengandung, jadi > mungkin
rasa sakit kalau kencing itu diakibatkan kerana > kehamilan puan dan untuk
itu saya beri surat supaya puan dirujuk oleh doktor ibu mengandung untuk
merawat
kandungan puan.

Muka si wanita itu tiba-tiba pucat, akhirnya dengan langkah
longlai diaberjalan pulang. Sesampainya dirumah wanita itu lari kedapur dan

membuka almari lalu mengambil TERONG UNGU YANG BESAR DAN PANJANG yang
disimpannya, lalu dia membanting-banting terung itu ke meja sampai > hancur
sambil berkata:
KAU TERONG...! KAU TERONG...! PASAL DEK KAULAH AKU MENGANDUNG,
MACAMANA ANAK AKU NANTI RUPANYA, JANGAN-JANGAN NANTI MUKANYA UNGU, KAU!
AKU TAK MAU PAKAI KAU LAGI!!!

Peminat MAWI kat tanjung Rambutan

Satu hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada.



Kata pengawal itu dalam hatinya,"tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil telentang di atas katilnya. Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain.



Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak. Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang? pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu...

"kenapa kamu menyanyi meniarap? tadi terlentang?"

Jawab pesakit mentaltu.....

"Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...."

Pengawal tupun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya.."betul jugak"

hujan

Disebuah rumah seorang ibu menyuruh anaknya(epul) ke kedai membeli barang dapur......



IBU : Epul..tolong pi kedai jap...belikan mak gula&tepung..

EPUL : Baikla mak.....Epul pun bersiap....

kelihatan cuaca berubah menjadi mendung....

IBU : Cepat sikit epul pi kedai...hari nak ujan...

EPUL : Yela....

IBU : Cepat sikit...kang hujan kat tengah jalan nanti....

EPUL : Ala mak ni...kalau ujan tengah jalan,,epul ikut tepi jalan....

IBU : ??????????????(kuang asam punye budak)

Leman dan Pelacur

Leman sudah berusia hampir 35 tahun tetapi masih belum berkahwin. Bukannya tak hensem tetapi dia tidak tahu macam mana nak mengorat awek. Atas alasan itu, dia mengambil keputusan untuk membujang sahaja. Satu malam, dia teringin untuk melakukan hubungan seks. Satu perkara yang tidak pernah dilakukan sepanjang hidupnya. Jadi, dia telah ke pekan untuk mencari seorang pelacur. Setelah berjumpa, Leman membawa pelacur itu balik ke rumahnya.... Apabila Leman handak memulakannya, tiba-tiba pelacur itu menolak Leman...

Leman: Kenapa?
Pelacur: Awak perlu memakai Kondom dahulu...
Leman: Kondom tu hapa?
Pelacur: Nah.. ambil ni dan sarungkan pada awak punya tuuu.. Kalau awak tak
pakai kondom, saya akan mengandung....
Leman: Oooo...

Lima tahun berlalu... Kisah tersebut masih dalam ingatan Leman. Tetapi masih ada perkara yang masih diragukan... Lalu Leman mencapai telefon dan mendail nombor hanphone pelacur itu.

Leman: Hello... Saya Leman, Ingat Lagi? Lima Tahun dulu saya ada booking awak....
Pelacur: Ye.. Ye.. Ingat... Kenapa?
Leman: Saya nak tanya sikit, bila boleh saya tanggalkan kondom ni?

Anak dan Bapa

Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak
pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!
malayggl is offline Report Post Reply With Quote

Rumah Kahwin

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini !

Pilot Buta

Para penumpang sebuah Pesawat sedang bersiap sedia ditempat duduk
masing-masing.. Mereka hanya menunggu pilot dan co-pilot yang belum datang.

Akhirnya.. Pilot dan co-pilot datang melalui pintu belakang pesawat.
Mereka berjalan sepanjang lorong menuju kokpit pesawat di depan. Kedua
orang tersebut nampaknya seperti buta. Pilot berjalan menggunakan
tongkat... mengetuk2 kerusi penumpang di kiri kanan. Sedangkan co-pilot
pula berjalan dipandu oleh seekor anjing. Kedua orang tersebut
menggunakan kaca mata hitam yang besar, sehingga agak sukar bagi
penumpang untuk memastikan mereka itu benar2 buta atau tidak. Penumpang
meneka ini adalah lakunan belaka.

Namun, ketika pesawat dihidupkan mula bergerak diatas landasan..
penumpang mulai takut dan berpeluh... Pesawat kini sudah berada di
hujung landasan. Mesinnya amaran berbunyi dengan kuat.. Penumpang
semakin panik. Pesawat bergerak semakin laju... tetepi pesawat masih
belum naik meninggalkan landasan.... lalu beberapa orang penumpang
menjerit bagai histeria....

Tiba-tiba saja pesawat naik.. betul-betul di penamat landasan.. dan kemudian
terbang seperti biasa. Tidak lama kemudian terdengar suara pilot dan
co-pilot berbual...

"Suatu hari nanti.. kalau penumpang tidak menjerit.. kita sudah jadi
bangkai di landasan."

kisah malam pertama

Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat tingkah laku istrinya, yang pada malam pertama membuka jendela dan menatap ke langit melihat bintang-bintang.

Dengan jengkel suaminya berkata...
"Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama kita ini?" Jawab sang istri,
"Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah selama hidup saya. Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan malam ini, aku akan menatapnya sampai pagi."

.Kencing masam - lawak orang Kelantan

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu...
Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk
mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda
juga dengan tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa

" Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh."

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk
seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya
orang muda di sebelahnya,

"Tu bakpo pulok?"
"Kecemase"
"Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."