Rabu, 25 Mac 2009

pemandu teksi

Dalam sebuah teksi yg menuju ke bandar, seorg penumpang ingin
bertanya kpd pemandu teksi tersebut. Lantas dia menepuk bahu pemandu
teksi dgn perlahan. Tiba-tiba pemandu teksi itu menjerit dan tak
dapat mengawal kenderaannya dan hampir melanggar sebuah bas. Nasib
baik teksi itu sempat berhenti. Untuk beberapa ketika suasana sepi,
kedua-duanya cemas.
Kemudiannya pemandu teksi berkata,.. “Hei … awak jangan buat
macam tu lagi tau. Awak buat saya takut.
Penumpang itu minta maaf sambil berkata, “Saya tak sangka awak takut macam tu sekali. Saya cuma tepuk bahu awak je.”
Pemandu itu menjawab, “Maaf Encik, sebenarnya hari ni adalah hari pertama saya bawak teksi … sebelum ni dah 25 tahun saya bawak kereta jenazah…..paham2 jer lah ye…

kisah di klinik

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan
terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing

budin & tompok

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah
dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh
pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah
yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum
berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing
Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing
terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah
lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.
Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok
berbanding dengan dirinya.Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan
ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan
hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.
Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi ,
Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam
karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya
sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si
Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah
dengan siulan mengikut rentah lagu "Cindai" nyanyian Siti Nurhaliza.
Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan
sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan
Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.
Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa
si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya
mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja,
alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan. Maka
nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh
tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan ditempuh,
sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona,
segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu
sahaja.
Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar…
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.
Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi…
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!…

kanggaru

Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi. Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.
Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.
Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, “Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?”.
Kanggaru itu menjawab, “Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya.

temuduga

Seorang calon untuk suatu jawatan pegawai tidak sampai seminit tiba-tiba keluar dari bilik temu duga.
Rakan-rakan yang berada di luar pun bertanya, “Eh!!!Cepatnya ngko keluar? Kenapa?”
Jawab calon itu, “Aku dapat jawab soalan yang ditanyakan dgn betul jadi aku boleh keluar awal”.
Tanya rakan-rakan lagi, Wahhh!!Bestnyer ngko,soalan apa?????”
“Senang jer soalannya, pengerusi sesi temu duga tu tanya aku, Engkau ker yang kentut ni???
Aku pun jawab la, “Ya tuan, sayalah yang terkentut tadi!!!”
Pastu dia suruh aku keluar!!!!

si lurus

Seorang pak cik tua dari Merbok, Kedah baru saja lulus lesen menunggang
motosikal. Menurut undang-undang, Pelekat "P" hendaklah digantung pada
motosikal bagi yang baru lulus lesen motor. Suatu hari ketika menunggang dia
telah terserempak dengan polis yang membuat sekatan.
Polis : "P" mana pak cik?
Pak Cik : Pi Alorq Starq. (Dengan muka konfiden)
Polis : Pak cik nak berguran plak yea, "P" mana?
Pak Cik : Aku nak pi Alorq Starq. (Dia dah mula naik angin)
Polis : Amboi, main-main plak pak cik ni, ni saya tanya ni pak cik, mana
"P"?
Pak Cik : Kan aku dah habarq tadi pi Alorq Starq , hang tak dengarq ka? Apa
hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi Alorq Starq. Mentang-mentang hang
pakai unipom polis tu jangan la nak pelekeh orang tua cam aku ni.
Polis : Nak pi...pi lah.....
Pak Cik : Hah, tu kan senang, yang dok tanya banyak-banyak tu pasai apa,
saja cari pasai!!!!!

sapa bangang

Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak
bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

Jururawat: "Pulak... "

mangga

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"

Peniaga: "RM7!"

Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"

Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"

Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"

Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"

Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"
kap_sum is offline Report Post Reply With Quote

jangan yakin sangat

Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata "Syukurlah, semuanya sudah berlalu."

"Jangan terlalu yakin," kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. "Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!"

Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru "Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?"

tak mau jadi menantu

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya.

Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan?

Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah…….

"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan
menjadi menantu saya," katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.

Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya?, SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI
MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PONG TAKDERRR!"

pak pandir - orang kaya baru

Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.

Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, "Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."

Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?"

"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.

Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. "Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanya polis.

"Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."

salah rompak

Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu lemari besi. Ia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau asistennya. Suatu ketika, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru 1 minggu dibuka / dirasmikan. Sebuah lemari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling canggih berhasil dibukanya. Namun ia sedikit hairan kerana di sana tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu. Ruangannya pun dingin sekali. Akhirnya ia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka lemari besi lainnya. Kerana lapar ia habiskan semua puding di lemari besi pertama.

Lemari besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik. Seluruh lemari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan ia menghabiskan banyak sekali puding. Namun ia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak heran, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang serunya.

Keesokan paginya dengan setengah mengantuk ia terbangun kerena suara penghantar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah jendelanya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar -besar.

"BANK SPERMA DIROMPAK"

5 + 5 = 11 ???

Sani murid tahun 2 yang agak lembab dan suka menyendiri. Cikgu yang paling dia takut ialah Cikgu Kumar, guru matematik sekolahnya. Dengar suara Sir Kumar menengking rasa nak terkencing.

Suatu hari Sir Kumar memulakan kelas dengan menguji kecekapan congak anak muridnya. Semua murid berdiri dan kalau tak dapat jawab, berdiri atas kerusi. Semua murid mesti jawab spontan.. tak boleh kira..

Bila tiba giliran Sani, Sir Kumar menengking 5 + 5 berapa? Cepat!!!!!. Sani cuba mengira secara sorok. Dia memasukkan kedua-dua tangannya dalam poket seluar. Bergerak-gerak seluarnya kerana menghitung… rasa nak terkencing pun ada sebab takut… Sir Kumar senyum melihat telatah Sani. Cepat Sani.. 5 + 5 berapa.. 11 cikgu…

Sir Kumar senggih sambil keluar kelas… .

wasiat

Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung, …..

Keadaannya semakin hari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.
Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.

Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut
Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah…..

“Din, … . kau janganlah berdiri di atas saluran oksigen aku tu

kaya

Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya … “Anak nak ke mana?”. Si mamat menjawab ringkas, “KL” Orang tua itu bertanya lagi, “Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh” dan dijawab oleh si mamat tadi “Ehm…bolehlah.”
Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati simamat berkata, “Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ???” Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, “Anak nak kaya tak?” Si mamat tersentak dan berkata dalam hati,”Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?”
Si mamat pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak” Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi. Kemudian orang tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?” Si mamat jawab serupa yang tadi, “Tak apalah pakcik,saya lebih senang hidup sederhana”.
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, “Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo’s untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.” Terima kasih, ya nak.” lalu orang tua tu turun dari kereta. Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, “Terima kasihlah pakcik” lalu meneruskan perjalanan.

talipon

Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru. Al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap luap nak bukak business. Tak tahu lah business apa, nanti aku tanya..!!
Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya. Ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu. Almarinya, stationerynya la, tong sampahnya la, dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon…!!
Dia ni boss kat pejabat tu. Selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu. Ye laaa boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu berangan ni…!! Tiba-tiba pintu pejabat diketuk dari luar. Ah!!. Mesti pelanggan datang ni. Lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk. Masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar, juta2x.
Pura-pura kat depan orang yang datang tadi. Orang yang datang tadi hanya duduk diam tak kata apa apa. Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi, Errr!… maaflah, sibuk sikit. Maklumlah projek tu projek ni tak boleh nak biar. Kena arrange appointment dengan client. So, boleh saya bantu?? Dengan selamba pelanggan itu kata…
“Err…encik…saya ni dari Syarikat Telekom… datang nak sambung talian talipon…!!”

yang paling keras

Pd zaman dahulu, ada sorg puteri yg cantik rupawan. namanye Puteri Shiela.
Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang
oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan
puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah
hati Ayahnya kerana tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana
menteri, maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorg bomoh untuk
berubat. mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan
jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri
pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri, Maharaja
telah mengistiharkan bahawa..siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yg
apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dgn
puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyunlah lelaki dtg membawa benda masing-masing
dgn harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun
berlangsung...Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja : Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki #1: Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yg paling keras
dalam dunia. Pada zaman akan dtg, logam ini menjadi batang golf, bateri dan
kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1: Silakan......

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhh cair nampaknya logam
itu. kecewala lelaki itu, maharaja dan tuan puteri...

Muncullah lelaki ke 2.....

Maharaja : Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki #2: Hamba membawa batu berlian. Mende inilah yg paling keras dalam
dunia. Pada masa akan dtg, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah
digunakan utk memotong besi dan digunakan utk menggali minyak di dasar
lautan

Maharaja ; kalau begitu, biar puteri beta mencubanya.

lelaki #2: Silakan.....

Maka puteri itu pun memegang le Belian tersebut. Ahhhh cair jugak berlian
itu nampaknya. kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri...

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda
yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya...Kemudian muncul lah lelaki
yang terakhir. Eh!!!! Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun!

Maharaja : Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa dtg berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket
hamba ini.

Maharaja : Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu. Biar puteri beta cuba
memegangnya.

Lelaki : Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, selukkan dalam
poket hamba ini...

Maharaja: Hmmm.....Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak2
sebab puteri tak tahu apa yg ada dalam poket lelaki itu. kemudian puteri
terpegang sesuatu...Mukanye merah menahan malu. lelaki itu hanya tersenyum
saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ
kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu??

Puteri : Dapat....

Maharaja : Benda tu cair tak???

Puteri : Tak...

Maharaja : Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu
beta!

Lelaki : Heehehehehehe........

Tapi...Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? dan kenapa
benda tu tak cair? Apakah yg korg rasa puteri itu telah pegang? Apa yg
korang terlintas dalam kepala hotak korg haaaaa?????
Heheheh....

BENDA ITU IALAH....COKLAT M&M
CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN