Selasa, 24 Mac 2009

Cerewet

Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.

Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.

Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.

Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."

Breakfast, Lunch and Dinner Time

Suatu pagi ketika seorang suami hendak berangkat ke tempat kerjanya..

Suami : "ros.. abang pergi dulu ya"
Isteri : "Abang tak sarapan dulu?"
Suami : "Tidak.. abang nak cepat nie!"
Lalu si suami mencium bibir isterinya dengan mesra dan
berkata "inilah sarapan pagi abang"

Tengaharinya.. si suami pulang kerumah..

Isteri : " Ada apa abang balik kerumah tengahari ni?"
Suami : " Ada sesuatu yang tertinggal"
Isteri : Marilah makan tengahari dulu"
Suami : "Tak pe lah.. abang nak cepat nie"
Lalu dengan mesranya si suami menghampiri isterinya dan
mencium "dadanya" sambil berkata "inilah makan tengahari abang!"

Petangnya.. ketika si suami pulang dari kerja dia terkejut melihat sikap
isterinya yang duduk tanpa pakaian diatas periuk nasi yang panas membara..
lalu si suami pun bertanya..

Suami : "Ros sedang buat apa tu?"
Isteri : "Panaskan makan malam bang

haram kawin gadis sekampung?

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,
JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah 'sasau apo haaa'?!

suami yg romantik?

Kamal diundang kawannya makan malam.
Mizal si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata-kata Sayang...
Manis... Cintaku... Sayangku...
Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan
berkata,"Romantis sekali, setelah berpuluh tahun
menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata
itu."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik,"Sebenarnya,
aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

dedukasi

Jiran 1 : Wahh... baru pindah ke?
Jiran baru : Ah... ya. Saya baru pindah ke sini. Cantik ye kat sini.
Jiran 1 : Encik ni kerja apa?
Jiran baru : Oh... saya ni seorang professor di universiti. Saya mengajar pasal deduksi.
Jiran 1 : Deduksi? Apakebendenye tu?
Jiran baru : OK. Mcm ni. Saya bagi satu contoh. Saya nampak ada rumah anjing kat belakang rumah encik. Dengan itu, saya dapat rumuskan yg encik ni bela anjing.
Jiran 1 : Ya, betul.
Jiran baru : Fakta tadi membawa saya merumuskan yg encik ini berkeluarga.
Jiran 1 : Huh... betul lagi.
Jiran baru : Dan fakta yg encik ni berkeluarga membolehkan saya merumuskan yg encik ini beristeri.
Jiran 1 : Tepat sekali.
Jiran baru: Itulah deduksi.
Petang itu...
Jiran 1 : Saya baru je bersembang dgn jiran sebelah... baru pindah.
Jiran 2 : Ooo... dia kerja apa?
Jiran 1 : Dia ni seorang professor, mengajar deduksi.
Jiran 2 : Apa tu??
Jiran 1 : OK, saya bagi contoh. Awak ada rumah anjing?
Jiran 2 : Tak.
Jiran 1 : Aishehman...

kuda raja

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya.
Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian... makin egolah raja sorang ni.

Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya "Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?" maka dengan selambanya budak tu berkata "Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.

Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu. "Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala.

Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.

Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata, "cubalah kalau boleh".

Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.

Raja berasa pelik lalu bertanya! "Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?" Dengan selambanya budak tu jawab "Nak kena jentik lagi...??"

Koboi n red indian naik keretapi

ada seorang koboi dan seorang red indian yg berkawan baik. pada suatu hari mereka dapat peluang menaiki keretapi yg baru dilancarkan. ketika dalam perjalanan si koboi terasa haus la pulak. sebab si red indian ni lurus bendul sikit dia pun menyuruhnya pi mencari air minum. tanpa banyak soal si red indian pun bangun dan pergi.

selang beberapa ketika si red indian kembali sambil membawa secawan air n si koboi pun minum pasal mmg dah haus pun. selang 1/2 jam kemudian si koboi menyuruh si red indian mengambil secawan air lagi. tanpa banyak soal terus si red indian membawa secawan lagi air dan terus diminum oleh koboi itu. "bagus si red indian ni ikut cakap aku' pikir si koboi.

tak lama kemudian si koboi terpikir kat mana si red indian ni ambik air? dia pun bertanya pada si red indian tu. dengan muka serius si red indian menjawab yg dia mengambilnya dari perigi. "perigi?" pikir si koboi, lalu disuruhnya menunjukkan kat mana perigi tu.

si red indian pun membawa si koboi ke perigi yg dikatakan yg berlabel "toilet"
__________________

No Pin Atm..

Suatu petang yang agak panas,Azman ingin mengeluarkan wang lalu dia pergi ke mesin Atm yg berdekatan dengan rumah beliau.Dia beratur di belakang seorang pemuda yang agak tampan sedang mengeluarkan wang.Azman cuba melihat pemuda itu mengeluarkan wang.

Pemuda: Hoi!!ape yang kau terjenguk-jenguk ni,hah?Engkau mengendap aku tengah keluarkan duit,yer?!

Pemuda itu naik angin apabila mengetahui yang azman sedang melihat dia mengeluarkan wang.

Azman : Hahaha... .aku dah tahu nombor pin kau.hahaha...

Pemuda itu sangat terkejut kerana azman mengetahui nombor pinnya lalu dengan marah pemuda itu berkata...

Pemuda: Kalau kau tahu,ape nombornya?!

Azman :Alaahh..ape la susah sangat, ******! kan?

lawak suami isteri

Irra sedang tenat ditempat tidur menunggu ajal nya yang hampir tiba, ia dipangku oleh suaminya Awie yang sudah berlinang air mata....di tangannya masih berada saputangan untuk menghapus air mata yang berjatuhan....kemudian si Irra berbisik.. "Bang Wiee ku sayang.."(dengan suara yang lemah..).... "Ssshhht....sudahlah Irr jangan terlalu banyak bicara".... "Bangg". (dengan nada kesakitan dan kepiluan...) Irra memaksa untuk berkata-kata... "Aku mau mengatakan sesuatu bangg...aku ingin membuat pengakuan.." .....terus si Awie menyapa .."Tiada apa lagi yang harus kau akui Irr...sudah berehatlah..."(sambil menghapus air matanya Irra)... "tidak...tidakk...tidakk...Yang seharusnya Irr harus beritahu sesuatu pada abang Wie sekarang, biar Irr tenang nanti......bangg aku pernah tidur dengan adik mu,sahabat mu, dan ayahmu..hhhgggh..." ucap Irr dengan nada teresak-esak...... terus si Wie menyambung kata-kata si irr..." suudahlah Irr jangan paksa diri kau berbicara terus,..tidak apa-apa, aku tidak kisah semua itu, aku sudah tahu semuanya itu .....kalau tidak kenapa aku meracuni engkau dengan racun tikus untuk apa..?"

kisah penjual telur

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh , Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

penjaga landasan keta api

Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.
"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.
"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Pak Basri lagi.
"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".
"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".
"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."
"Kalau telefonnya sedang digunakan?"
"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"
"Kalau telefon awam rosak?"
"Saya akan pulang menjemput nenek saya."
"Ooo... .tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.
"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."

5 ribu

Seorang janda muda berjumpa seorang doktor bedah....
Janda: "Doktor, saya ingin dibedah menjadi perawan lagi, kerana pakwe saya ajak berkawin dan katanya dia akan tinggalkan saya sekiranya diketahui saya bukan dara lagi"
Doktor: "Baiklah, saya akan pindahkan selaput gegendang telinga awak menjadi selaput dara"

Maka operatelah si doktor itu. Selepas operate............
Janda: "Berapa harganya doktor?"
Doktor: "Lima ribu RM"
Janda: Berapa?"
Doktor: "Limaa ribuuu"
Janda: "Berapa doktor....?"

Akhirnya sidoktor teringatkan sesuatu. Lalu disingkapkan skirt Si janda muda itu dan berteriak dikangkangnya:
Doktor: "Lima ribuu".
Janda: "Ooo lima ribu" "

Ilmu Menurun

Pak Mail merupakan seorg bomoh yang hebat di kampungnya...Penduduk kampung Tualang 3 semuanya mengakui kehebatan Pak Mail dalam ilmu perbomohan...apa taknya semua permasalahan yang di adukan dapat diselesaikan,klu ade barang hilang,orang sakit, dan orang yang dirasuk pun boleh di ubati...

Ilmu yang digunakannya untuk melakukan kerja2 itu ialah MENURUN.MENURUN ini mengikut amalan masyarakat Melayu ialah untuk meminta bantuan makhluk lain bagi menyelesaikan masalah..boleh dikatakan setiap hari ade sahaja org meminta pertolongan kepada Pak Mail...Dan setiap kali itu laaa Pak main akan MENURUN...Pak Mail mempunyai seorg isteri yang sangat cantik..Namanya Zaleha...Beliau merupakan isteri yg ke4 Pak Mail...3 lagi isteri Pak Mail sudah berpisah kerana tak mampu lagi hidup bersama Pak Mail...ini kerana sikap Pak Mail yang lebih mengutamakan costumernya dan sering MENURUN..

Pada suatu hari,Pak Mail didatangi oleh seorg pemuda yang kehilangan lembunya...Beliau telah menceritakan masalahnya kepada Pak Mail...Maka Pak Mail pun berjanji akan membantu pemuda tersebut...Seperti malam2 yang sebelumnya PAk Mail pun melakukan aktiviti menurunnya...namun isterinya Zaleha dah tak tertahan lagi dengan tingkah laku suaminya...

Zaleha :"Leha benci laaa macam ni..dah hampir 2 tahun kita kawin..abg tak habis2 menurun..menurun...menurun...abg tak hiraukan Leha langsung"...

Pak Mail:"Sabar laaa Leha...jgn ikutkan hati..benda ni bukan abg yang mintak...tak pernah terfikir pun abg nak jadi perkara macam ni"...

Zaleha :" Patut laa bini abg yang 3 org tu tak tahan hidup ngan abg...
Ceraikan Leha..Leha dah tak mampu nak tahan lagi macam ni

Malam tersebut berlakulah pertengkaran yang hebat diantara suami isteri tersebut sehingga berlaku perceraian...
Maka Zaleha pun pulanglah kerumah ibubapanya...

Bapa :"Tak baik betul sikap ko ni...bergaduh dan minta cerai dari laki ko...dia tu org terkenal..hebat ko tau"...Marah ayah Leha..

Zaleha:"Hebat apanya ayah..klu tiap malam asik MENURUN jee...

Bapa :"Dah kerja dia macam tu ko kena sabar leee..dia nak menolong org...ko kena faham..baru laaa rumahtangga aman".. Nasihat ayahnya.

Zaleha:" Leha tak kisah dia menolong org tu..bab tu dia memang bagus...Tapi masalahnya...asik menurun jeee..bila Leha nak rasa menaik pulak...Mana nafsu leha leh tahan macam ni...dah hampir 2 tahun leha tunggu tapi "BENDA" tu tak naik2 jugak"...rintih Leha

Bapa : "Lorrrrr..kok begitu rupanya"...Balas ayah leha sambil terlopong..

sumbang mahram...

Kisah ni terjadi dalam sebuah kampung...Pak leman mempunyai seorag anak yang lurus bendul, namanya atan...

Pada suatu hari Atan telah berkahwin dan membawa isterinya tinggal bersama keluarganya dikampung...Atan selalu keluar meninggalkan isterinya seorang diri di rumah kerana pergi bekerja dibandar...maka isterinya tinggal lah bersama Pak Leman bagi menjaga makan dan minum ayah mertuanya itu...

"tumpang lalu ye pak" kata Leha isteri Atan sambil lalu dihadapan Pak Leman.Pak Leman memerhatikan punggung Leha sambil tersenyum.."lalu laa"kata Pak leman...selang berapa ketika Leha pun lalu lagi dihadapan Pak Leman yang sedang duduk minum sambil membaca surat kabar..

"tumpang lalu ye Pak" kata leha sambil tunduk berjalan sopan dihadapan bapa mertuanya.."lalu la nak" jawab Pak Leman sambil merenung punggung menantunya itu...selang berapa minit kemudian leha pun lalu lagi dihadapan Pak leman sambil tunduk dan meminta izin"tumpang lalu ye pak"..Pak Leman yang sedari tadi memang geram melihat punggung menantunya,lantas menepuk punggung menantunya..Pap..Pap...bunyi tepukan pak leman pada punggung menantunya...Leha terkejut dengan tindakan bapa mertuanya lantas lari kedalam bilik...

Pada waktu petang setelah atan pulang kerumah.. isterinya menceritakan tentang kejadianyang berlaku..atan dengan perasaan marah berjumpa dan berkata kepada ayahnya..."Ayah tak patut buat macam ni kat isteri saya"..kata atan "napa ko marah2 ni" tanya Pak Leman" yelaaa ayah tepuk punggung isteri saya mana saya tak marah" jawab Atan.."laaaa aku baru tepuk sekali ko dah nak marah...ko tu dulu siap isap tetek bini aku ade aku marah?"soal pak leman...atan pun terpinga- pinga.."betul gak cakap ayah aku ni"...fikir atan...

Akhir nya disbbkan terlalu sayang kepada ayah nya dan memikirkan apa la sangat klu ayahnya tepuk punggung isterinya tu...dengan nak di bandingkan dia pernah isap tetek bini ayahnya masa kecil dulu...klu tak mesti dia tak dapat melihat dunia yang indah ini...sekian seadenyaa...

Barang Tak Diguna ..

Ramly dan bini dia dah kawen lebih 10 tahun.Satu hari time bini Ramly balik dari menjenguk maknya, dia nampak Ramlt tgh "tut (Kena Tapis)" dgn pompuan muda dlm bilik. Dgn marah, bini Ramly menghempas pintu dan berlari tinggalkan rumah. Ramly mengejarnya sambil berkata, "Dengar dulu penjelasan abg. Paling tak pon sblm awak pegi, awak kena tahu punca kejadian ni."

Agak kebingungan, bini Ramly menghentikan langkah. "Tadi waktu balik pejabat, abg nampak pompuan muda ini kat tepi jln, dgn pakaian compang camping dan basah sbb hujan. Kesian nyer pasal, abg bawak dia ke rumah. Dia lapar, jadi abg bg makanan yg awak simpan di stor, yg awak tak nak lagi. "

"Pas tu, abg bg pakaian awak yg dah lama tak dipakai sbb dah kecik dan bila abg nengok dia tidak pakai selipar, abg bg selipar kat dia yg awak tak pakai lagi sbb dah ketinggalan zaman. Terus abg bagi dia baju hujan yg dulu abg belikan utk ulang thn perkakwinan kita, tapi tak penah skali pon awak pakai sbb warnanya tak cantik," kata Ramly lagi.

"Sebenarnya pompuan tu dah nak pergi tadi..."

"Habis tu, kenapa dia still ada kat sini?" soal bini Ramly ..

"Sblm pompuan tu pegi tadi.. dia sempat tanya... "Ada lagi tak brg lama yg tak pernah lagi diguna oleh isteri Encik?"

jadi Abg Pon Bagi la barang 2 .. (Alasan Suami kalau Dah buat salah ... kah3)

Fantasi Seorang Pemandu Teksi .

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

wkaka .. padan .

Harimau Jadian Tanpa Kepala

Di dalam sebuah kampung telah kecoh dgn kehadiran satu spesis "Harimau Jadian Tanpa Kepala" telah merayau di kampung tersebut hampir setiap malam(takut tak?).Penduduk kg tersebut jadi takut dgn kejadian tersebut.

Satu malam,ada seorang lelaki yang mempunyai ilmu berhadapan dgn spesis tersebut telah pergi menjejak "harimau jadian" tersebut.Nama lelaki tersebut Tok Moh Seguntang(TMS).

Malam tu,TMS telah bersiap sedia dgn kelengkapan yang telah biasa dia bawa apabila hendak berurusan dgn sebarang jenis spesis yang menakutkan.

Dipendekkan cerita,malam tu memang TMS bertemu dgn makhluk tersebt..Apa lagi,TMS pun stanby la dgn kelengkapan yang dibawa dismping mulutnye terkumat-kamit membace jmpi serapah dan kadang2 sampai tersalsul.

Belum sempat ape-ape lagi...."harimau jadian" tersebut merayu sambil berkata..............

"Tolongla aku..aku bukan nak ganggu penduduk kg disini........

Tapi aku cume nak cari kepala aku yang hilang.....

Aku tau dimana kepala aku berada....cume...

aku nak mintak tolong dgn ko amik kepala aku coz aku x boleh pergi sebab x nampk...

Tolongla aku(sambl berlutut & merayu)........."

TMS pun bertanye dimana kepala "harimau jadian tu"



"Harimau jadian" tu pun berkata........................



ADA KAT MAYBANK..DIAORANG AMIK KEPALA AKU BUAT LOGO MAYBANK....

Kenapa Tak Seterika Dulu ????

Seorang ibu mertua (berumur lingkungan 50an)datang menziarahi rumah anak menantu perempuannya yang baru berkahwin. setelah membunyikan loceng, si mertua terkejut kerana mendapati menantu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun di badannya... tanpa di tanya,...

si menantu berkata "saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!"."tapi kau telanjang !!!???" marah si ibu mertua."ini BAJU CINTA saya" balas si menantu. "BAJU CINTA ??" si mertua kehairanan. "ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya". "saya harap mak dapat balik dulu sebelum suami saya pulang karang tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan mak" pinta si menantu.
Si mertua faham kehendak anak menantunya. dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami.

Di dalam perjalanan pulang si mertua mendapat idea .... fikirnya dengan mengikut cara anak menantunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan suaminya yang sudah berumur. sesampai di rumah, si mertua tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si mertua tadi pun menunggu suaminya pulang dari bekerja.lat berberapa ketika suami si mertua tadi pulang,dengan bangganya simertua tadi menayangkan tubuh badan yang tanpa seurat benang kepada suaminya(dengan gaya ala marilyn monroe)."kenapa dengan kau nie ... buang tebiat???" marah sisuami tadi."ini lah BAJU CINTA bang" kata si mertua tadi "hah? BAJU CINTA???" soal si suami sambil memandang dari atas kebawah. seketika si suami tadi menambah "KENAPA TAK SETERIKA DULU ??? NAMPAK SANGAT KEDUTNYA"

KISAH SETIN AIR

sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

kadi tanye kat pompuan tu.... "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

pompuan tu jawab... "saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh...sudah...mende aku nak goreng kadi tua ni....

kadi pun tanye si jantan..."hah...kamu....bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"tuan kadi...kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

jawab kadi.."hak kamu le.."

jantan tu kata lak.."hah...sama le kes ni pun. Kan tuan...kan...kan "

P/S :

1. Jgn samakan isteri anda macam vending machine.

2. Jgn samakan anak anda macam air tin

3. Jgn samakan 'anu' anda cam duit syiling ... hehehehehhe "

Lawak Gangster

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah sukar untuk menyoal si bisu tersebut.

Maka sibisu tersebut pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000. Walaubagaimanapun, dia menyembunyikan wang tersebut. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil sibisu tersebut. Apabila dipanggil, sibisu itu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?
Pakar menunjukkan isyarat..
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."
Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.
Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu..
Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50000 tu aku telah sembunyikan di taman Syahbandar dibawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."
Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster,"Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."

Pertandingan Tahan Bau Busuk

Pada satu masa dahulu, tak ingat tarikh, tempat dan masa diadakan pertandingan menghidu bau busuk ni, pertandingan ni hanya diadakan kepada orang-orang yang berkelayakan dan mempunyai kepakaran yang tinggi sahaja, orang macam kiter ni tok sah mimpi la nak ikut pertandingan ni. Cara nak menang pertandingan ni pulak mudah je, sesiapa yang sanggup duduk dalam bilik mayat paling lama akan dikira sebagai pemenang, hadiahnyer pun lumayan iaitu RM1juta, saper tak nak kan. Tapi mayat yang terpilih pun bukan calang2 baunyer mak datuk.....diorang jer yang tau,

korang bayangkan la kalau mayat dah dua ari or 2 weeks tak dikebumikan dah bau busuk, hanyir semacam, dah kembung perut dek ulat mayat bila2 je boleh pecah perut tu, pas tu terburai tali perut, air mayat dah meleleh, melekit semacam, kalo ko pandang muka mayat tu negerinyer, dengan mata tersembul, daging muka dah terkoyak-rabak, lubang saner- lubang sini.... nak2 yer korang tak lalu makan 2,3 jam....ni kan pulak mayat yang berbulan-bulan dibiarkan, macamna la rupa dia....

Calon dari seluruh dunia datang nak mengadu nasib mereka, tapi hamper setelah beberaper penapisan dibuat untuk calon pertandingan hanya 3 orang jer yang sanggup menerima cabaran, yang lain sukarela mengundur diri setelah termuntah mencium bau mayat di luar bilik mayat (belum masuk lagi tu)...tapi yang 3 calon yang terpilih ni buat-buat tak tau jer...kira cool la tu......3 orang yeng terpilih tadi ialah calon dari Amerika Syarikat, Jepun dan Timur (negara baru).

Syarat untuk masuk ke dalam bilik mayat tu adalah bebas setiap peserta dibenarkan untuk memakai pakaian apa sahaja, asalkan dapat tahan bau mayat tersebut. Pada hari pertandingan tersebut ramai la yang adir untuk melihat 3 muka calon terpilih tadi. jadik tanpa membuang lagi banyak masa, Mc' pun mengumumkan peserta pertama untuk masuk ke bilik mayat, peserta pertama dari AS pun muncul dengan pakaian macam orang nak gi bulan....semua orang tepuk tangan kat dia....dengan rasa konfidennya dia pun masuk bilik mayat tu.....dia pikir ngan pakai baju macam nak gi bulan tu dia bole tahan bau busuk mayat tu....minit pertama still okay, minit kedua dia dah rasa bau lain macam, hampe dia kata mesti baju tu bocor kat maner2, minit ketiga dia rasa macam nak pitam dah, tak sempat masuk minit keempat dia dah lari keluar dari bilik mayat tu, terus dia cabut topi nak sedut oksigen...semua orang kagum kat dia dan Mc' pun cakap yang peserta dari AS dapat tahan dalam 3 min.

Maka peserta dari Jepun pula muncul dengan berpakaian ala ninja tinggal mata jer tak tutup...semua orang tepuk tangan, tapi tak kurang jugak yang gelak kat dia...so dia pun masuk dalam bilik mayat tu.....nak tau apa yang dia buat dalam bilik mayat tu.....dia tengah dok berninja sakan....seminit, 2 minit, 3 minit........3 setengah minit debummmmmmm!!!!!! pintu bilik mayat terbuka...ninja tu dah keluar...diapun dah tak larat nak berninja....jadik Mc' tu pun umumkan orang jepun tu boleh tahan lagi lama dari orang AS tadi.... so tiba la giliran peserta dari Timur, diapun mucul...semua orang gelak kat dia, tak kurang jugak yang boooohhhh... kat dia nape...pasal dia hanya pekena kan suar dalam jer....kalo yang first dan 2nd tadi pakai bajupun boleh duduk jap jer apakan lagi orang timur ni ble ker dia ni tahan....tapi dia dengan muka kicapnyer tu pun masuklah kat dalam bilik mayat tu.....semua orang kat luar tak konfiden dia ble tahan lama....tapi seminit, 3 min, 10 min, 20 min, 30 minit, 1 jam..pasal la orang ni tak kuar lagi....semua orang dah rasa suspen...mati ker orang timur ni kat dalam......semua orang tertanyer2...tak kurang jugak yang nak gi tengok sendiri aperlah dia buat kat dalam tu lamer sangat.....tapi membayangkan bau mayat tu, mengalahkan bau gas metana...dorang kansel kan jer niat dorang tu......tungu, punya tunggu, punya tunggu.....KEDEBUSSSSSHHHHH!!!!!!!!!! pintu bilik mayat tu terpelanting...tiba-tiba macam ader objek berlari kuar dari bilik mayat tu macam tak cukup kaki....mula-mula orang tak beraper perasan....tapi muka Mc' tu dah pucat semacam...uwek...uwek (bunyi nak muntah) "Sebusuk-busuk aku ni, busuk lagi bau orang timur kat dalam tu....phuiii!!!! dah berapa lama tak mandi hahhhh!!!!" marah benda tu...."selama aku hidup 40 tahun ni maner pernah mandi" balas orang timur tu, palagi Mc' tanpa buang maser pun kater "run for u live.....HAAAANNNNNTUUUUUU!!!!!!". Bila dorang dengar je perkataan akhir tu semua orang lintang pukang.....dasyatnyer bau orang timur tu...sampai mayat pun ble bangun semula.....iskh...iskh....iskh

Profesor dan Pemandu

ada la seorang pemandu yg bekerja sebagai pemandu seorang profesor yg bijaksana..
pada setiap hari......

pemandu itu duduk di belakang dewan kuliah untuk menunggu profesor itu habis menyampaikan ilmunya.Boleh dikatakan setiap hari pemandu itu mendengar setiap ilmu yg disampaikan oleh profesor itu dan boleh hafal apa yg akan diperkatakan oleh profesor......semua soalan yg dikemukakan oleh paraƂ² pelajar dijawab dengan mudak oleh profesor...semakin hari semakin jemu untuk mendengar apa yg disampaikan oleh profesor......

Pada suatu hari si pemandu ingin menukar tempat dengan si profesor, dgn rasa hati yg terbuka mereka pun menukar tempat...... yg profesor menjadi pemandu, yg pemandu menjadi profesor, dalam hati kedua-dua berkata "sungguh best yer kerja macam ni"............ sampai di satu dewan kuliah yg lain si pemandu yg menyamar pun masok ke dalam dewan kuliah dan menyampaikan segala apa yg patut disampaikan oleh si profesor..... si profesor yg sebenar duduk di belakang mendengar apa yg di sampaikan oleh pemandu itu.....si profesor berasa bangga apa yg disampaikan oleh pemandu itu....apabila tiba sesi bertanya semua soalan dapat dijawab dengan mudah dan lancar.... tiba-tiba seorang student yg boleh diperkatakan bijak menanya satu soalan yg tak pernah didengari.................... dengan muka selamba si pemandu itu berkata "alamak apesal la awak menanyakan soalan yg begitu mudah!!!! soalan itu pemandu saya pun boleh jawab.....driverrr tolong bagitau jawapannya" dengan bangga si profesor yg menyamar sebagai pemandu itu menjawab soalan itu..... dengan mudah.

Pemandu Teksi dan Pelancong Jepun

Pada satu hari seorang pemandu teksi mengambil seorang pelancong jepun yang baru melawat kuala lumpur buat pertama kali.pemandu itu membawa mamat jepun itu ke seluruh kuala lumpur.


Tiba di midvalley megamall, mamat jepun itu bertanya "berapa lama masa diambil untuk menyiapkan bangunan ini?" pemandu itu menjawab, "2tahun" mamat jepun itu pun berkata dengan sombong,"kalau di jepun, bangunan ini boleh disiapkan dalam masa 9 bulan sahaja".

Pemandu itu hanya senyum sahaja dan membawa mamat jepun itu ke tempat lain pula. tiba di di kl sentral, mamat jepun itu bertanya lagi,"berapa lama pula tempat ini disiapkan??" pemandu itu pun menjawab" 11 bulan sahaja(cuba menipu)" mamat jepun itu pun berkata" kalau di jepun,tempat ini hanya mengambil masa 6 bulan sahaja..". pemandu teksi yang geram dengan mamat jepun yang angkuh itu memandu ke klcc, dan sekali lagi mamat jepun itu bertanya" bagaimana pula dengan bangunan ini..?" peemandu itu buat buat terkejut dan berkata,"eh,eh semalam tak ada pun bangunan ni,bila pulak dibina...?"

Lampu Suluh

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan
melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan
Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk
pemeriksaan terakhir.

"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau
Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu
sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad.

"Baik Doktor Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

"Awak nampak cahaya tu" tanya Doktor

"Nampak Doktor" jawab Ahmad tersenyum.

"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad.

"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum.

"Ye laaa" jawab Doktor.

"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor......tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad

"mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor
berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu
gate.

"Tunggu tunggu Ahmad" Doktor memanggil balik Ahmad.

"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.

"Hi hi hi...Doktor ingat saya bodoh ker Doktor.....kalau saya
panjat.....saya pegang cahaya tu....Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu
saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba

"mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad.

"Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad.

Kenapa tak ketawa????

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, ....

dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati.

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.

Babai Mak

Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip.

Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya. Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya.

"maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu.

"Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu.

"Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah" kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arahlelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai, mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya.

"Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh.

"Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu.

"Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh.

"Haah???????!!!!"....

SMS Punya Cerita

Alkisah, ada 3 orang adik beradik, yang mana
ketiga-tiga perempuan. Anak yang sulung, namanya Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga nama Roslina. Oleh kerana mereka ini anak kesayangan kedua orang-tuanya, maka mereka dikahwinkan bertiga secara serentak dengan pasangan pilihan masing-masing.Selepas berkahwin, pergilah mereka berbulan madu
atau dalam bahasa Inggerisnya Honeymoon ditempat yang berasingan mengikut selera
mereka dan pasangan masing-masing.

Rozana memilih untuk berbulan-madu ke Pulau
Tioman di Pahang,Rozita pula bercadang nak ke Pulau Pangkor, Perak dan Roslina
ke Langkawi,Kedah.
Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-orang
tua mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantarkan berita tentang segala
apa yang terjadi sepanjang tempoh berbulan-madu itu. Oleh kerana kedua orang-tua
mereka menggunakan telefon bimbit,maka ketiga-tiga anak mereka diminta
mengirimkan pesanan ringkas(SMS)mengikut KOD yang mereka faham berdasarkan iklan
di TV, Majalah, Akhbar dan lain-lain media. Tiga hari selepas mereka pergi
berbulan madu, sampailah mesej pertama dari anak sulung mereka Rozana, berbunyi
ringkas "STANDARD CHARTERED". Setelah kedua orang-tua mereka mendapat
pesanan tersebut,cepat-cepat mereka mencari iklan standard chartered di dalam
akhbar. Iklan itu berbunyi "BESAR, TEGUH, PERAMAH", maka tersenyumlah
ayah dan bonda Rozana?fahamlah mereka yang anak meraka sedang berbahagia.Pada
hari keempat, tiba lagi satu SMS dari Rozita di Pulau pangkor. SMSnya pendek
saja,"NESCAFE". Dicarinya iklan Nescafe di dalam majalah dan dibacanya
iklan tersebut,..berbunyi,?"NIKMATNYA SAMPAI KETITISAN TERAKHIR".
Tersenyum bangga kedua orang tua Rozita, sambil ketawa tak kering
gusi,?happy.Masuk hari kelima, tiada apa diterima. Begitu juga hari keenam dan
ketujuh. Tiada berita dari anak bongsunya. Ayah dan emak Roslina mengeluh dan
terdetik dalam hati mereka,?"anak aku ni, dah dapat suami langsung lupakan
aku,?sampai hati mereka,..hingga tak menghantar khabar berita kepada aku
pun,?"Seteleh masuk minggu kedua,akhirnya tiba-tiba handphone ayah Roslina
berbunyi "Beep, beep" tanda mesej sampai. Lalu dibaca mesej ringkas
itu berbunyi,?."CATHAY PACIFIC". Dengan segera kedua orang-tua Roslina
mencari iklan dari majalah. Didapati iklan tersebut berbunyi,?
" 7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI,
NON-STOP,!!!!!!" ??????????????....

Sejarah 45 Minit Main Bola

Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya
30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan
jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang
yang memberikan jawapan yang boleh diterima.
Dia menjawab...."Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit
ialah...
Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain
disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan
membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola.
Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh
itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah "bola referee"!


HA HA HA !!!"

Suami terbaik?

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab
eklusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba
kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki
menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

Hello?
"Abang, nie sayang nie,"
"emmm . . "
"Abang masih ada di kelab lagi ke?"
"iya."
"sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab
abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru . . cantik bang, Boleh
ke sayang beli?”
"Berapa harga nya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di
Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001 . Sayang suka
kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia
setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan
BMW yang kita beli tahun lepas tu "
“ Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 ..."
"O.k tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?"
"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang
dan....pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat
tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu . . . sekarang nie untuk
dijual.Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada
taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan
bang. . "
" Berapa harga yang mereka minta?"
" Cuma $740,000... o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi
cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I
Love You !!!"
"Bye... I Love you to . . "
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil
mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada
dalam bilik tersebut: "ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?

Janda 18 tahun

Alkisah...ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya. Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya."nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.

"kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ??
aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

' Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam"kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

" kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada
Amat. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn!!!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin.Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin. "Tipu apa plak???" tanya Usin bingung. "Kau kata 18thn!!!!" balas Amat. "La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!"

.
" Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!" moral of the story.............bagi yang lelaki....kenal dulu bakal isteri anda........(^_^)

selangkah ke alam misteri

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak.
Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan
tunjuk sapa paling power.


Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan
menyeramkan.Terus dia berkata : "korang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"
Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak."
Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"
Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda.

Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak
Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek
"Iya, nampak", yang dua ngangguk juga.
"Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua
sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power".

Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun
berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak ! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...
"Err aku tadi tak nampak".

Kenapa Chewing Gum Kena Banned Kat Singapore

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore.cakap pasal chewing gum dan Singapore nie.

Ada satu cerita,Pm Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang,pm Singapore tanya Kat raja siam lepas makan udang ,apa orang thailand buat Dengan kulit udang? Raja Siam jawab: ?kami tak buat apa.kami buang aje? Pm Singapore: ooo kat Singapore ,kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?Lepas tu diorang makan limau plak.Pm Singapore Tanya lagi ?Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?? Raja Siam jawab ?kami tak buat apa,kami buang aje? Pm Singapore: ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand?Last sekali, diorang makan chewing gum.seperti biasa pm Singapore pun Tanya ?apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?? Raja Siam jawab ?kami tak buat apa, kami!
buang aje? Pm Singapore: ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle Jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand? Raja Siam plak Tanya: ?apa orang singapore buat dengan kondom selepas digunakan?? Pm Singapore jawab: kami tak buat apa, kami buang aje.? Raja Siam: ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore? Erk! muka Pm Singapore jadik merah padam? dan sebaik
saja pm Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat
Singapore?