Selasa, 24 Mac 2009

Pertandingan Tahan Bau Busuk

Pada satu masa dahulu, tak ingat tarikh, tempat dan masa diadakan pertandingan menghidu bau busuk ni, pertandingan ni hanya diadakan kepada orang-orang yang berkelayakan dan mempunyai kepakaran yang tinggi sahaja, orang macam kiter ni tok sah mimpi la nak ikut pertandingan ni. Cara nak menang pertandingan ni pulak mudah je, sesiapa yang sanggup duduk dalam bilik mayat paling lama akan dikira sebagai pemenang, hadiahnyer pun lumayan iaitu RM1juta, saper tak nak kan. Tapi mayat yang terpilih pun bukan calang2 baunyer mak datuk.....diorang jer yang tau,

korang bayangkan la kalau mayat dah dua ari or 2 weeks tak dikebumikan dah bau busuk, hanyir semacam, dah kembung perut dek ulat mayat bila2 je boleh pecah perut tu, pas tu terburai tali perut, air mayat dah meleleh, melekit semacam, kalo ko pandang muka mayat tu negerinyer, dengan mata tersembul, daging muka dah terkoyak-rabak, lubang saner- lubang sini.... nak2 yer korang tak lalu makan 2,3 jam....ni kan pulak mayat yang berbulan-bulan dibiarkan, macamna la rupa dia....

Calon dari seluruh dunia datang nak mengadu nasib mereka, tapi hamper setelah beberaper penapisan dibuat untuk calon pertandingan hanya 3 orang jer yang sanggup menerima cabaran, yang lain sukarela mengundur diri setelah termuntah mencium bau mayat di luar bilik mayat (belum masuk lagi tu)...tapi yang 3 calon yang terpilih ni buat-buat tak tau jer...kira cool la tu......3 orang yeng terpilih tadi ialah calon dari Amerika Syarikat, Jepun dan Timur (negara baru).

Syarat untuk masuk ke dalam bilik mayat tu adalah bebas setiap peserta dibenarkan untuk memakai pakaian apa sahaja, asalkan dapat tahan bau mayat tersebut. Pada hari pertandingan tersebut ramai la yang adir untuk melihat 3 muka calon terpilih tadi. jadik tanpa membuang lagi banyak masa, Mc' pun mengumumkan peserta pertama untuk masuk ke bilik mayat, peserta pertama dari AS pun muncul dengan pakaian macam orang nak gi bulan....semua orang tepuk tangan kat dia....dengan rasa konfidennya dia pun masuk bilik mayat tu.....dia pikir ngan pakai baju macam nak gi bulan tu dia bole tahan bau busuk mayat tu....minit pertama still okay, minit kedua dia dah rasa bau lain macam, hampe dia kata mesti baju tu bocor kat maner2, minit ketiga dia rasa macam nak pitam dah, tak sempat masuk minit keempat dia dah lari keluar dari bilik mayat tu, terus dia cabut topi nak sedut oksigen...semua orang kagum kat dia dan Mc' pun cakap yang peserta dari AS dapat tahan dalam 3 min.

Maka peserta dari Jepun pula muncul dengan berpakaian ala ninja tinggal mata jer tak tutup...semua orang tepuk tangan, tapi tak kurang jugak yang gelak kat dia...so dia pun masuk dalam bilik mayat tu.....nak tau apa yang dia buat dalam bilik mayat tu.....dia tengah dok berninja sakan....seminit, 2 minit, 3 minit........3 setengah minit debummmmmmm!!!!!! pintu bilik mayat terbuka...ninja tu dah keluar...diapun dah tak larat nak berninja....jadik Mc' tu pun umumkan orang jepun tu boleh tahan lagi lama dari orang AS tadi.... so tiba la giliran peserta dari Timur, diapun mucul...semua orang gelak kat dia, tak kurang jugak yang boooohhhh... kat dia nape...pasal dia hanya pekena kan suar dalam jer....kalo yang first dan 2nd tadi pakai bajupun boleh duduk jap jer apakan lagi orang timur ni ble ker dia ni tahan....tapi dia dengan muka kicapnyer tu pun masuklah kat dalam bilik mayat tu.....semua orang kat luar tak konfiden dia ble tahan lama....tapi seminit, 3 min, 10 min, 20 min, 30 minit, 1 jam..pasal la orang ni tak kuar lagi....semua orang dah rasa suspen...mati ker orang timur ni kat dalam......semua orang tertanyer2...tak kurang jugak yang nak gi tengok sendiri aperlah dia buat kat dalam tu lamer sangat.....tapi membayangkan bau mayat tu, mengalahkan bau gas metana...dorang kansel kan jer niat dorang tu......tungu, punya tunggu, punya tunggu.....KEDEBUSSSSSHHHHH!!!!!!!!!! pintu bilik mayat tu terpelanting...tiba-tiba macam ader objek berlari kuar dari bilik mayat tu macam tak cukup kaki....mula-mula orang tak beraper perasan....tapi muka Mc' tu dah pucat semacam...uwek...uwek (bunyi nak muntah) "Sebusuk-busuk aku ni, busuk lagi bau orang timur kat dalam tu....phuiii!!!! dah berapa lama tak mandi hahhhh!!!!" marah benda tu...."selama aku hidup 40 tahun ni maner pernah mandi" balas orang timur tu, palagi Mc' tanpa buang maser pun kater "run for u live.....HAAAANNNNNTUUUUUU!!!!!!". Bila dorang dengar je perkataan akhir tu semua orang lintang pukang.....dasyatnyer bau orang timur tu...sampai mayat pun ble bangun semula.....iskh...iskh....iskh