Selasa, 24 Mac 2009

SMS Punya Cerita

Alkisah, ada 3 orang adik beradik, yang mana
ketiga-tiga perempuan. Anak yang sulung, namanya Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga nama Roslina. Oleh kerana mereka ini anak kesayangan kedua orang-tuanya, maka mereka dikahwinkan bertiga secara serentak dengan pasangan pilihan masing-masing.Selepas berkahwin, pergilah mereka berbulan madu
atau dalam bahasa Inggerisnya Honeymoon ditempat yang berasingan mengikut selera
mereka dan pasangan masing-masing.

Rozana memilih untuk berbulan-madu ke Pulau
Tioman di Pahang,Rozita pula bercadang nak ke Pulau Pangkor, Perak dan Roslina
ke Langkawi,Kedah.
Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-orang
tua mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantarkan berita tentang segala
apa yang terjadi sepanjang tempoh berbulan-madu itu. Oleh kerana kedua orang-tua
mereka menggunakan telefon bimbit,maka ketiga-tiga anak mereka diminta
mengirimkan pesanan ringkas(SMS)mengikut KOD yang mereka faham berdasarkan iklan
di TV, Majalah, Akhbar dan lain-lain media. Tiga hari selepas mereka pergi
berbulan madu, sampailah mesej pertama dari anak sulung mereka Rozana, berbunyi
ringkas "STANDARD CHARTERED". Setelah kedua orang-tua mereka mendapat
pesanan tersebut,cepat-cepat mereka mencari iklan standard chartered di dalam
akhbar. Iklan itu berbunyi "BESAR, TEGUH, PERAMAH", maka tersenyumlah
ayah dan bonda Rozana?fahamlah mereka yang anak meraka sedang berbahagia.Pada
hari keempat, tiba lagi satu SMS dari Rozita di Pulau pangkor. SMSnya pendek
saja,"NESCAFE". Dicarinya iklan Nescafe di dalam majalah dan dibacanya
iklan tersebut,..berbunyi,?"NIKMATNYA SAMPAI KETITISAN TERAKHIR".
Tersenyum bangga kedua orang tua Rozita, sambil ketawa tak kering
gusi,?happy.Masuk hari kelima, tiada apa diterima. Begitu juga hari keenam dan
ketujuh. Tiada berita dari anak bongsunya. Ayah dan emak Roslina mengeluh dan
terdetik dalam hati mereka,?"anak aku ni, dah dapat suami langsung lupakan
aku,?sampai hati mereka,..hingga tak menghantar khabar berita kepada aku
pun,?"Seteleh masuk minggu kedua,akhirnya tiba-tiba handphone ayah Roslina
berbunyi "Beep, beep" tanda mesej sampai. Lalu dibaca mesej ringkas
itu berbunyi,?."CATHAY PACIFIC". Dengan segera kedua orang-tua Roslina
mencari iklan dari majalah. Didapati iklan tersebut berbunyi,?
" 7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI,
NON-STOP,!!!!!!" ??????????????....