Rabu, 8 April 2009

Kisah Suami Isteri

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bintang

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan Ultraman...

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie

Isteri: Kalau saya jadi bunga

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo

Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

Kasih Suami

Kisah Kasih Suami Pada Isteri Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu." " Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Burung Istimewa

Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil, membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel..
Si isteri bertanya..pada si suami..

" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"

Suami menjawab..

"Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."

Suaminya mengangkat tangan kiri dan memetik jarinya..burung itu terus menyanyi lagu POP..

Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..

Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..

Si isteri pun suka dan bertanya..

" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"

Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."

Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata...

" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "

Seluar Dalam

Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri tengah bergaduh besar dengan maid indonesianya. .. maka si suami dengan hati yg suci ingin lah jadi org PBB jap, nak tolong damaikan suasana.. maka bertanyalah si suami ngan suara yg lembut pada isterinya..Apa hal ni!!!!!

Yang... . kenapa bising2 ni"... ..jawap si isteri dgn nada marah... "ni hah!!!!! seluar dalam i hilang, tentu si Tuti(nama ni rekaan semata2) yang curi seluar dalam Gucci i yg mahal yg i beli kat Beijing tuhh!!! " Disambut pulak oleh si suami ... ." alahai Yang ni, takkan lah sebab hilang satu helai seluar dalam pun nak bising se kawasan perumahan. Dah, dah,nanti Abang belikan ganti yg lebih mahal dan seksi lagi... " Berkata lagi si isteri... "Tapi bang, kalu sehelai i tak sakit hati sangat, ni yang hilang tu , 10 helai tau... ... 10 helai!!! (sambil tunjuk jari sepuluhnya)" Maka terkejut beruklah si suami dengar berita ini, berpusing lah dia pada Tuti yg terkebil2 sejak tadi... dgn suara yg lebih lembut lagi ,si suami bertanya... ."betul ke Tuti, kamu yang curi seluar dalam mak encik kamu ? Ingat... .kamu mesti bercakap benar!!!"

Si Tuti dengan muka yang ketakutan dan suara terketar2 yg pekat dgn pelat indonesianya pun menjawaplah. .. . " tapi... tapi... tapi... bapak kan tahu saya enggak pernah pakai seluar dalam!!!!! "

Cerita 'Doktor Pakar'

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancarSetelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.

"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.


"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.

"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu.

"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.

"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. "Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul...

Salah Tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…

sejarah wau

Saya pasti saudara/i pernah melihat malah berpengelaman bermain layang-layang pada satu masa dahulu. Tetapi tahukah saudara/i bagaimana nama WAU (dalam Bahasa Malaysia) dan KITE (dalam Bahasa Inggeris) digunakan bagi layang-layang itu?

Konon ceritanya, pada satu masa dahulu (mengikut orang Kedah - Zaman Tok Nador Makan Bubuk) dahulu datanglah seorang Mat Salleh ke sebuah kampung dipendalaman Kedah.

Disitu dilihatnya sekumpulan kanak-kanak sedang melayangkan sehelai "kertas putih" yang berbingkai buluh dengan hanya diikat benang."Kertas Putih" itu naik begitu tinggi hingga menakjubkan Mat Salleh tersebut. Dia terus terfikir, hebatnya kanak-kanak ini, hanya dengan ikatkan benang dan tanpa berinjin kertas itu boleh dilayang mencecah awan. Tentu satu hari nanti kanak-kanak ini akan menjadi orang yang berjaya.

Kerana ketakjuban itu, Mat Salleh itu berulang kali berkata sendirian, WAU.WAU ...so terrible.

Kanak-kanak tersebut yang juga tidak tahu nama "Kertas Putih" yang dilayangkan mereka itu lantas terfikir,"Oh...orang putih panggil benda ini WAU." Lantas bermula dari hari itu, benda itu disebut orang Malaysia sebagai WAU.

Mat Salleh yang terpegun sejak tadi berhasrat untuk mendapatkan satu "Kertas Putih" untuk dibawa balik ke England. Disana nanti akan ditunjukkan kepada kerabatnya tentang kehebatan benda mainan yang dibuat oleh orang Melayu yang pernah dijajah oleh mereka dahulu.

Tidak pernah terfikir dikotak fikirnya bahawa ada benda yang boleh melayang bagitu sahaja hanya dengan mengikat benang dan tanpa bermotor.

Sedang asyik melayan fikirannya, Mat Salleh itu terkejut dengan pekikan kanak-kanak apabila WAU yang mereka layangkan tersangkut didahan pokok.

Lantas salah seorang dari mereka berteriak, "Cepat KAIT,cepat KAIT".

"Oh...I am sure the name of this flying paper ia KITE" fikir Mat Salleh itu.

Dan dipendekkan cerita sejak dari itu semua Mat Salleh memanggil WAU itu KITE.

Sekian, demikianlah ampunya cerita......

satu kaki

Perkahwinan Jenab dan Abu di sambut dengan meriah sekali.. Dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai.. Walaupun Jenab tidak menyetujui perkahwinan ini.. dia pasrah dan berserah...tapi dalam hatinya takut akan malam pertamanya...
Pada malam pertama.....

Ibu jenab menasihatkan supaya Jenab masuk kebilik... "Tak pa nak Sakit sikit aje.. Kalau ada apa-apa panggil aje ibu diluar".....

Setelah masuk ke bilik... Abu mula membuka wayang...

Abu pon berkata "jenab bukak la..." jenab menjawab... "abang la buka dulu..." "tak abang bukak dulu" setelah lama berdalih itu dan ini maka abu pon mengaku kalah "baiklah abang buka dulu katanya" walaubagaimana pon hatinya resah dan gelisah takut Jenab tak dapat menerimanya..

Dengan perlahan Abu membuka kain sarungnya.... Melompat dan memekik Jenab sambil memanggil emaknya yang berada diluar.... " MMMMMAAAAAAAKKK !!!!!! SATU KAKI"........... maknya menjawab "UNTUNG KAU NAK... BAPAK KO 6 INCHI AJE"..

Tiba-tiba jenab keluar dari bilik...rupa-rupanya suaminya Abu cacat sebelah kaki...

Kisah Benar Di Rumah Mayat

Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya! Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.

Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah.

Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. "Apa lah nasibku ini," aku mengeluh... Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.

Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku...

Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, "Pssssttttt." Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi. Aku pun menjerit "Bala, kau ke tu ?" tapi tak ada jawapan.

Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi " Psssssssttttt". Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.

Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat "PSSSSTTTTTT" ... ... ... ... diiringi bau wangi yg menusuk hidungku... Aku terpaku, tidak bergerak seketika... Lepas tu barulah aku pandang ke atas... ..

***PERHATIAN! !!
Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer, kerana kejadian ini memang benar2 berlaku.

Sila scroll ke bawah...











Lalu aku tertawa sendiri... "Rupa-rupanya bunyi perfume dispenser" buat suspen jerrrrrrrr..