Selasa, 24 Mac 2009

Lawak Gangster

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah sukar untuk menyoal si bisu tersebut.

Maka sibisu tersebut pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000. Walaubagaimanapun, dia menyembunyikan wang tersebut. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil sibisu tersebut. Apabila dipanggil, sibisu itu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?
Pakar menunjukkan isyarat..
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."
Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.
Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu..
Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50000 tu aku telah sembunyikan di taman Syahbandar dibawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."
Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster,"Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."