Sabtu, 2 Mei 2009

Asal Usul ALASKA

Sebenarnya untuk pengetahuan korang semua, nama Alaska tempat yang penuh dengan air batu itu, telah diberikan oleh orang Melayu sendiri.

Kisahnya bermula ketika abad ke-11, masa tu Parameswara belum lahir lagi di dunia. Selat Melaka ketika itu telah dijadikan tempat persinggahan dan pertukaran barang bagi para lanun yang bermaharajalela di pelusuk Nusantara. Maka hendak di jadikan cerita, ketika itu ada seorang chief lanun yang bernama Sagong yang amat berkuasa di Laut China Selatan. Adapun Sagong ini tidak pernah berkunjung ke Selat Melaka. Oleh itu dia dan kuncu-kuncunya diketawakan oleh lanun-lanun yang lain. Kata mereka Sagong adalah chief lanun yang tak educated kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke Selat Melaka.

Sagong sebenarnya ingin sekali pergi ke Selat Melaka, tapi apakan daya, hasil rompakannya amat sedikit tambahan pula visanya telah ditahan oleh pihak imigresen kerana tak pernah direnewkan. Maka, terperaplah dia bersama kuncu-kuncunya di Laut China Selatan menjalankan aktiviti kelanunan dengan penuh kebosanan.

Adapun hendak dijadikan cerita lagi, Sagong telah berjaya menjalankan operasi kelanunan di sebuah kampung yang agak kaya. Habis harta orang kampung dikebasnya. Sagong dan kuncu-kuncunya sangat gumbira. Akhirnya harta mereka cukup untuk melayakkan mereka singgah ke Selat Melaka. Tambahan pula, visa Sagong telah dikembalikan semula kerana Sagong dah renewkan balik. Maka, tanpa berlengah-lengah lagi, Sagong and the crew pun bertolak menuju ke Selat Melaka walaupun mereka tak tahupun di mana lokasi Selat Melaka itu.

Adapun ketika sedang belayar, angin utara telah menukar arah kapal Sagong menuju ke Kutub Utara. So, matlamat mereka yang murni it, telah dipatahkan oleh kehadiran angin utara.

Setelah sebulan lamanya mereka belayar, akhirnya sampailah mereka ke Kutub Utara yang difikirkan oleh mereka Selat Melaka. Sagong berasa amat hairan lalu berkata di dalam hati,"Kat mana aku ni, Selat Melaka ke, peti sejuk? Sejuk semacam je tempat ni?"

Sedang Sagong berfikir tentang tempat yang baru disinggahinya itu, muncul kapal lain berhenti di sebelah kapal Sagong. Di atas kapal itu diamlah Lord Joe Benny, seorang pedagang berbangsa Kanada. Kebetulan pula ketika sedang dalam perjalanan mencari arah, dia terserempak dengan kapal Sagong yang difikirnya kapal orang asli di situ berdasarkan reka bentuknya yang agak kuno.

Pada fikiran Sagong pula, kapal Lord Joe Benny itu tentu salah sebuah kapal lanun yang ingin menukar barangan dengannya. Lalu, tanpa banyak bicara lagi, dia menjemput Lord Joe Benny masuk ke dalam kabinnya untuk berunding. Lord Benny yang masih terpinga-pinga itu pun bertanya sambil menunjuk-nunjuk-jari ke bawah, "What land is this?"

Sagong yang tidak tahu bertutur omputih itu menjawab dengan selamba,"Alas kaki."
Pada firasatnya tentu mat saleh itu bertanya tentang kain buruk yang menjadi pengalas kaki di kabin itu. Lord Joe Benny bertanya lagi,"What?"

"Alas kaki," Sagong berkata. Pada fikiran Sagong tentu mat saleh tu berkenan sangat dengan kain buruk pengalas kaki di kapalnya itu.
Sagong pun berkata,"Kalau kau nak sangat dengan kain buruk tu, kau ambik jelah. Tak payah bayar."

Lord Joe Benny pun menerima kain buruk pemberian Sagong dengan senang hati. Pada sangkaannya ia adalah tanda persahabatan dengan kaum orang asli.

Lord Joe Benny pun pulang ke kapalnya dengan gumbiranya. Malangnya apabila sampai saja dia ke kapal, dia terlupa nama 'newland' yang telah dijumpainya itu. Apa yang diingatnya cuma Alas ka... Alas ka... dan nama itulah yang ditulisnya di dalam diarinya itu. Apabila sampai ke negara asalnya, dia disanjung kerana menemui tanah jajahan baru yang diberi nama Alaska.

Bagi Sagong and the crew pula, mereka cuba mencari jalan ke tempat asal mereka tapi tidak berjaya. Akhirnya mereka mangambil keputusan untuk menetap di situ. Khabarnya nenek moyang orang Eskimo yang tinggal di Alaska adalah Sagong and the crew sendiri. Begitulah adanya.