Sabtu, 2 Mei 2009

Asal Usul MANILA

Pada zaman kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan dunia dalam tahun-tahun 1500an, pedagang-pedagang asing ramai yang datang berniaga disana sehingga peniaga-peniaga tempatan tension kerana tidak mendapat keuntungan seratus percent. Ini menyebabkan peniaga-peniaga tempatan bercita-cita untuk menjual hasil dalam negeri ke luar negeri. Salah seorang peniaga tersebut ialah Hang Lastari, cucu Hang Kasturi.

Hang Lastari popular sebagai peniaga batu kerikir, tetapi setelah adanya pedagang Arab yang berniaga batu akek di Melaka, maka tiadalah laku lagi batu kerikir Hang Lastari yang akhirnya membawa diri seperti kebanyakan orang Melayu yang suka merajuk. Pergilah Hang Lastari ke Filipina untuk mencuba nasib berniaga di sana.

Kebetulan tahap ekonomi di Filipina baru nak stabil dan ramai pula peniaga yang berniaga di situ, maka menjadikan negeri yang tiada lagi bernama itu membesar dan ramai pula penduduknya. Ini menyedarkan pembesar tempatan untuk memberi namasesuai untuk kawasan yang bakal menjadi ibu negara Filipina.

Maka dalam pencariannya, Raja Filipina memerintahkan khadamnya untuk mendengar pendapat orang ramai tentang nama sesuai. Pergilah khadam ke pasar besar sambil memasang telinga mendengar perkataan yang sesuai. Tibalah khadam ke gerai Hang Lastari. Terpikatlah khadam melihat batu kerikir yang pertama kali dia jumpa. Hendak membeli tiada berduit. Maka digenggamlah oleh khadam akan batu tersebut untuk memuaskan hatinya.

"Duitnya, bang?" Hang Lastari meminta.
"Hah?" Khadam tidak faham dan terus berlalu dari situ. Dia menyangka benda itu free.
"Duit... money... money la..." Hang Lastari berbahasa Inggeris. "Hah? Khadam masih tak faham dan mula berlari balik ke istana kerana dikejar oleh Hang Lastari.
Hang Lastari terus mengejar sambil menjerit,"Hei... duit... duit tu money la... money la!" Hinggalah ke dalam istana khadam dikejar Hang Lastari.

Khadam bersembunyi di belakang Raja. Raja Filipina terpinga-pinga melihat peristiwa itu. Hang Lastari pula terkejut kerana dia berada di dalam istana. Sambil berdiri tegak tanda hormat, Hang Lastari bercerita,"Dia ambik batu kerikir saya, tapi tak nak bagi duit."
Raja Filipina menggeleng tak faham. Hang Lastari pun menyambung,"Duit tu dalam bahasa Inggeris... money... duit tu money la... duit... money la!"
Raja Filipina tersenyum dan menepuk tangan gembira kerana menyangka Hang Lastari memberi nama bandar tersebut. Akhirnya Raja Filipina berkenan dengan perkataan itu dan menamakannya 'Manila'. Hang Lastari dihadiahkan sebidang tanah di Sabah tinggal bersama-sama khadam yang akhirnya membuka business apam balik di sana.