Sabtu, 2 Mei 2009

Asal Usul PANAMA

Pada tahun 1397 dahulu, tersebutlah kisah seorang Raja dari sebuah negara baru di benua Amerika sana datang bercuti ke Tanah Melayu. Tujuan sebenarnya bukanlah untuk bersantai sahaja, malah untuk mencari nama yang sesuai untuk negara barunya itu.

Setelah lapan belas bulan berada di Tanah Melayu akhirnya dapatlah beliau akan satu nama. Dipanggillah seorang bellboy di hotel persinggahannya yang bernama Kasim Endut untuk mendaftarkan nama tersebut di pejabat P.B.B. di New York.

"The name is... Kesantunasializia," kata Raja tersebut pada Kasim Endut. Fahamlah Kasim Endut dan pergilah dia ke New York untuk menyampaikan pesanan tersebut.

Perjalanan ke New York dari Tanah Melayu memakan masaselama empat tahun. Jadi terpaksalah Kasim Endut singgah di lapan tempat untuk berhat. Setiap kali singgah Kasim Endut mengingatkan nama tersebut, Kesantunasializia. Tetapi oleh kerana terlalu jauh perjalanan, setiap persinggahan ada saja huruf yang dilupa oleh Kasim Endut. Mulanya, Kesanasiaza. Kemudian, Kesazia. Akhirnya terlupa terus negara baru itu.

Setibanya di pejabat P.B.B. bertanyalah pegawai pendaftaran kepada Kasim Endut,"What's the name of your new country?"
Tercengang-cenganglah Kasim Endut sambil cuba mengingatkan nama yang panjang itu... "Err... apa nama ni... err.. pa nama.. panama..."
"Oh... Panama," ditulislah pegawai itu di borangg pendaftaran negara baru.

Beberapa tahun kemudiam pulanglah si Raja ke negaranya semula dan alangkah terkejutnya beliau apabila ternampak signboard 'Panama' di negara barunya itu. Dengan sebab itu juga Raja tersebut tinggal di negara jiran sehingga akhir hayatnya kerana malu dengan nama negara barunya.