Kisahnya bermula dalam awal abad belasan. Di dalam sebuah kampung di Melaka tinggal seorang pemuda bersama neneknya dalam keadaan miskin. Pemuda yang tidak begitu hensem ini bernama Ali Kutik. Ali Kutik adalah seorang pemalas dan suka berjudi. Judi yang diminati oleh Ali Kutik ialah menyabung ayam.
Di mana-mana saja ada pertandingan sabung ayam di situlah adanya Ali Kutik. Setiap pertandingan itu pemenangnya tak lain tak bukan ialah Ali Kutik. Ayamnya yang kuat itu bernama Shima. Ayam Ali Kutik adalah seekor ayam betina. Ayam betina ini dijadikan tomboy oleh si Ali Kutik kerana tiada ayam lain yang dimilikinya melainkan Shima. Untuk menjadikan Shima lebih kuat, Ali Kutik telah menjalankan pembedahan plastik terhadap Shima.
Dalam sekelip mata Ali Kutik telah menjadi glamor di seluruh Melaka dan sampailah ke pengetahuan Parameswara. Semasa itu jajahan Melaka amatlah kecil dan Parameswara perlu menjajah keluar lebih luas lagi untuk memajukan nama Melaka. Dengan berita kehebatan Ali Kutik dan ayamnya itu telah mendatangkan idea kepada Parameswara.
Ali Kutik dicadangkan supaya pergi ke Jepun untuk menyabungkan ayamnya dengan ayam Jepun. Parameswara memperjudikan Melaka sebagai cagaran. Jika Ali Kutik kalah, maka Melaka terpaksa diserahkan kepada Jepun, tetapi kalau menang maka sebahagian tanah Jepun menjadi milik Melaka dan Ali Kutik sebagai Presiden.
Setelah tiba di Jepun, Ali Kutik disambut dengan meriahnya oleh datuk bandar dan penduduk negeri itu.
Pada keesokan harinya, Ali Kutik telah dijemput oleh wakil Jepun pergi ke gelanggang sabung ayam untuk mengadakan perlawanan tersebut.Perlawanan yang disaksikan oleh 80,000 orang itu dihakimkan oleh datuk bandar. Perlawanan telah dimulakan, penonton bersorak dan berdebar apabila kedua-dua ayam tersebut saling taji-menaji.
Tak sampai sejam, Shima telah berjaya menumbangkan lawannya. Ali Kutik pun melompat dengan gembiranya mengalahkan ayam Jepun dengan berkata "Yea!Yea! Shima hero!Shima hero!" beberapa kali dengan diikuti oleh penonoton-penonton Jepun yang mula berpaling tadah menyokong Shima.
Akhirnya seperti yang dijanjikan, sebidang tanah di Jepun diserahkan kepada Melaka dan Ali Kutik dilantik menjadi Presiden. Kawasan itu diberi nama Hiroshima sempena keheroan Shima mengatasi lawannya. 381 tahun selepas itu Ali Kutik pulang ke Melaka seorang diri kerana Shima telah mati setelah Hiroshima dibom Amerika.
About Me
Blog Archive
-
▼
2009
(172)
-
▼
Mei
(32)
-
▼
Mei 02
(23)
- Asal Usul KEMBOJA
- Asal Usul MERLIMAU Melaka
- Asal Usul HIROSHIMA
- Asal Usul CHILE
- Asal Usul NEGERI SARAWAK
- Asal Usul ALASKA
- Asal Usul DENMARK
- Asal Usul Nama TEMPAT Di Melaka
- Asal Usul PANAMA
- Asal Usul MANILA
- Asal Usul KINABALU
- Asal Usul SUMATERA
- Asal Usul TEHRAN
- Asal Usul ANTARTIKA
- Asal Usul NORWAY
- Asal Usul PERANCIS
- Asal Usul CALIFORNIA
- Asal Usul BRAZIL
- Asal Usul SINGAPURA
- Asal Usul NEGERI KEDAH
- Asal Usul NEGERI TERENGGANU
- Asal Usul KANADA
- Asal Usul PAHANG
-
▼
Mei 02
(23)
-
▼
Mei
(32)