Sabtu, 2 Mei 2009

Asal Usul Nama TEMPAT Di Melaka

Setelah lapan hari bermastautin di Melaka, Parameswara terasa ingin keluar berburu lalu diarahkannya para pegawai istana sepasukan lapan orang menyediakan perkaskas dan dengan kenderaan berkuda mereka berangkat masuk ke hutan. Selang beberapa ketika meredah hutan tiba-tiba melintas seekor pelanduk putih. Lalu kenallah Parameswara akan pelanduk putih itu yang menendang anjing pemburunya tempohari lantas ditambatnya hingga ke tengah hutan. Ketika sampai ke sebuah lubuk, Parameswara terserempak dengan rombongan Yap Ah Loy yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Maka segeralah Parameswara menjerit meminta Yap Ah Loy menghadang akan pelanduk putih yang sudah kelam kabut di tepi lubuk tersebut. Tetapi malang kerana pelanduk tersebut dengan pantas menendang Yap Ah Loy sehingga tercampak ke dalam lubuk. Maka diberi namalah oleh Parameswara akan lubuk di Melaka itu sebagai Lubuk Cina. Kerana terlalu marah akan perbuatan pelanduk putih itu, Yap Ah Loy pun menyumpahnya menjadi kapal. Sehinggalah kini kapal tersebut ada di T.L.D.M. Melaka dan diberi nama K.D. Pelanduk.