Sabtu, 2 Mei 2009

Asal Usul KANADA

Nama sebuah negara di sebelah utara Amerika Syarikat dicipta oleh seorang pelari jarak dekat yang terkenal di dunia. Dia mendapat nama tersebut daripada perkataan Bahasa Melayu.

Ceritanya begini... pada suatu masa dahulu di tempat lahir pemuda itu tidak mempunyai sebarang nama. Bukan itu sahaja, negara tersebut mempunyai undang-undang yang ganjil. Pemuda berkulit hitam itu telah dihukum buang negeri kerana melakukan kesalahan tidak berlari semasa berada di luar rumah seperti apa yang telah ditetapkan oleh pemerintahnya. Pemuda itu telah membuat surat rayuan, maka hukumannya diringankan. Dia disyaratkan mencipta satu nama bagi negara tersebut dalam 3 bulan sambil berlari.

Dalam pada itu di sebuah negara di Tanah Melayu, tinggallah seorang pemuda Melayu yang bernama Seman. Beliau sangat suka merantau dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sampai di salah satu negara yang dilawatinya beliau terasa hairan kerana semua penduduknya suka berlari, tak kiralah samada berlari pantas ataupun berlari perlahan.

Apabila pulang ke Tanah Melayu, diceritakannyalah kepada rakannya yang lain. "Mana ada!" Kata rakannya yang tidak percaya dengan cerita Seman itu. "Mana ada orang suka berlari sepanjang hari... buat penat badan aje!"

Tidak berapa lama kemudian setelah kumpul duit tambang, Seman pun membawa rakannya ke negara tersebut untuk membuktikan bahawa kata-katanya itu adalah benar. Setelah hampir dua bulan setengah mereka berlayar, akhirnya sampaiklah ke negara tersebut. Di pantai mereka nampak semua penduduknya berlari ke sana ke sini, tiada seorang pun yang berjalan. Dengan suara lantang, Seman menyebut... "Haaa.. KAN ADA!"

Pada masa yang sama kebetulan pemuda berkulit hitam yang sedang berlari sambil mencari idea mencipta nama negara di hari-hari terakhir hukumannya terdengar teriakan Seman yang lantang itu. Perkataan yang tak pernah didengarnya sebelum itu telah mencetuskan idea dan menyelamatkan dirinya dari dibuang negeri. Akhirnya dengan persetujuan para juri negara tersebut dengan rasminya menamakan negara tersebut sebaga "KAN ADA" atau ditulis dalam Bahasa Inggeris CANADA.

Dengan itu juga layaklah pemuda berkulit hitam tersebut yang bernama Ben Johnson menjadi warganegara tersebut dan sekaligus layak mewakili negaranya ke Sukan Olimpik dan telah pun banyak memenangi pingat dalam acara larian.