Sabtu, 2 Mei 2009

Asal Usul CHILE

Selepas pembukaan Melaka, Parameswara mengambil keputusan untuk mengasaskan sebuah penempatan yang baru, luar dari Melaka. Maka beliau pun belayarlah bersama beberapa orang pengiringnya beserta anjing buruannya.

Setelah lama belayar, mereka pun mendaratlah di sebuah daratan di luar negeri. Tanpa berlengah-lengah lagi Parameswara pun bertanyalah kepada bendaharanya, "Bendahara, adakah kamu tahu nama tempat ini?"
"Manalah patik tau tuanku. Masa patik sekolah dulu tak pernah pun patik datang ke mari", jawab Bendahara.
"Kalau begitu mari kita semua masuk ke hutan sana. Beta nak bercamping di sana."

Maka Parameswara dan rombongannya pun bercampinglah di dalam hutan berdekatan dengan sebuah air terjun. Sedang beliau duduk di atas tanah yang rata, tiba-tiba melintas seekor pelanduk berwarna purple di hadapannya dan dengan secepat kilat beliau menyuruh anjing buruannya itu mengejar dan menangkap pelanduk itu. Satu kejadian aneh telah berlaku, pelanduk itu telah menempeleng muka anjing buruan kepunyaan Parameswara dan menyebabkan gusi anjing buruan itu berdarah.

"Bendahara, beta rasa tempat ini bagus jugak jika dijadikan sebuah negeri, tak gitu," kata Parameswara dengan gembira.
"Ya tuanku. Lagipun ia mempunyai persamaan dengan sejarah pembukaan Melaka."
"Tapi apa nama yang sesuai untuk tempat ini yek wahai bendahara."
"Ampun tuanku. Cuba tuanku bangun dari tempat duduk tuanku itu", kata bendahara.

Maka bangunlah Parameswara dari tempat duduknya. Setelah Parameswara bangun, bendahara membongkokkan badannya mengambil sesuatu dari tempat duduk Parameswara. Bendahara pun meneliti pokok itu sambil mengunyah sesuatu daripada pokok itu.

"Huarghhh..pedasnye, pedasnye... huarghh...," tiba-tiba bendahara itu menjerit dan terjun ke dalam air terjun di situ dan meminum airnya. Kesemua yang ada di situ merasa pelik.

"Afasal?" tanya Parameswara.
"Kalau tuanku nak tau itulah pokok cili," kata bendahara yang masih lagi berada di dalam air.
"Cili! Cantek nama tu. Dengar sini semua, mulai sekarang beta isytiharkan bahawa nama kawasan ini ialah Chile."
Manakala pengikut-pengikut beliau tercengang dan memandang sesama sendiri sambil merungut,"Cheh! Hari tu namakan Melaka macam ni jugak.Takde idea lain."