SETELAH beberapa lama berjalan, maka Raja Ramasa Kutubabi dan pengiring-pengiring baginda sampailah di sebuah tanjung. Maka terlintaslah di fikiran baginda untuk membina sebuah kawasan peranginan di situ memandangkan tempat itu amat menarik dan suasananya mendamaikan.
Raja Ramasa dan pengiring-pengiring baginda pun berehatlah di atas sebuah batu besar yang pemandangannya menghala ke laut lepas. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi keindahan suasana di tempat itu. Suasana yang mendamaikan itu seakan-akan menggamit Raja Ramasa Kutubabi dan pengiring-pengiring baginda untuk merebahkan kepala lalu tidur di situ.
Setelah baginda tersedar dari tidur, hari sudah pun menjelang senja. Baginda dan pengiring-pengiring lalu turun ke bawah dan masuk ke dalam hutan berhampiran untuk mencari makanan. Apabila sampai di satu kawasan lapang, baginda memerintahkan pengiring-pengiring memasang unggun api, sementara baginda sendiri memasang jerat di kawasan berhampiran.
Setelah segalanya selesai mereka pun berbual-bual sambil menunggu jerat mengena. Tidak lama selepas itu, Raja Ramasa pulang dengan membawa seekor tenuk yang sudah disembelih. Setelah tenuk yang dipanggang itu masak, mereka pun menjamu selera dengan lahapnya. Setelah masing-masing kekenyangan, maka mereka pun tertidurlah.
Keesokannya, Raja Ramasa Kutubabi dan pengiring-pengiring baginda pergi semula ke pantai tempat mereka berehat semalam. Di lihat oleh baginda ada beberapa orang sedang memasang pukat di situ. Raja Ramasa dan pengikut-pengikut baginda pun mendekati orang-orang itu untuk berkenalan.
Setelah memperkenalkan diri masing-masing, mereka pun berbuallah. Menurut nelayan itu, mereka pun tidak tahu apa nama tempat itu memandangkan kawasan itu tidak berpenghuni. Raja Ramasa bercadang untuk menjadikan kawasan itu sebagai penempatan baru mereka memandangkan tempat itu sungguh menarik dan mereka pun sudah jemu mengembara. Cadangan baginda itu mendapat sokongan sebulat suara tanpa sebarang bantahan. Kalau adapun cuma mereka membantah di dalam hati.
Dalam pada mereka kalut memerah otak untuk mencari nama yang sesuai itu, tiba-tiba salah seorang pengikut Raja Ramasa meronta-ronta kesakitan. Raja Ramasa dan yang lainnya terkejut. Mereka memapah pengiring itu ke bawah sebatang pokok yang redup dan sedang berbunga.
"Biar patik tengok tuanku, apa sakit pengiring ini," salah seorang nelayan itu bersuara.
"Silakan," balas Raja Ramasa ringkas.
"Emmm... dia tidak apa-apa tuanku, cuma perutnya kembong aje akibat termasuk angin," kata nelayan tadi.
"Ala... kembong je, sakitnya mengalahkan orang nak beranak," kata pula salah seorang pengiring Raja Ramasa.
"Aa...aahlah, kembong je, tulah lain kali tidur lagi tak pakai baju, kan dah masuk angin," tempelak pula pengiring kedua.
"Entahnye... eh! Dah lah tu, dia kembong aje, bukannya teruk. Nanti bila dah dibubuh minyak angin baiklah tu," jawab Raja Ramasa.
"Eh, tuanku, apakata kita namakan tempat ni sebagai kembong je, mengambil sempena penyakit yang menyerang pengiring tuanku itu," cadang ketua nelayan tadi.
"Ha! Cantik nama tu. Kita ubah sikit menjadi Kemboja... bagaimana?" Tanya Raja Ramasa Kutubabi sambil memetik jari.
"Cun tuanku!" Balas mereka serentak.
"Baiklah, mulai hari ini, beta namakan tempat ini sebagai Kemboja dan pokok yang berbunga inipun beta namakan pokok Kemboja sempena nama baru tempat ini," kata Raja Ramasa Kutubabi dengan bangganya.
Bermula dari hari itu, mereka pun mula meneroka tempat itu untuk dijadikan penempatan baru. Setelah beberapa lama maka terbinalah sebuah istana untuk didiami oleh Raja Ramasa dan pengiring-pengiring baginda. Setelah beberaa tahun memerintah Kemboja maka Raja Ramasa pun mangkatlah lalu dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran istana. Kubur baginda di tanam orang dengan pokok kemboja. Sehinggalah sekarang, pokok kemboja banyak terdapat di tanah perkuburan, nak ikut cara Raja Ramasa. Agaknya le...
About Me
Blog Archive
-
▼
2009
(172)
-
▼
Mei
(32)
-
▼
Mei 02
(23)
- Asal Usul KEMBOJA
- Asal Usul MERLIMAU Melaka
- Asal Usul HIROSHIMA
- Asal Usul CHILE
- Asal Usul NEGERI SARAWAK
- Asal Usul ALASKA
- Asal Usul DENMARK
- Asal Usul Nama TEMPAT Di Melaka
- Asal Usul PANAMA
- Asal Usul MANILA
- Asal Usul KINABALU
- Asal Usul SUMATERA
- Asal Usul TEHRAN
- Asal Usul ANTARTIKA
- Asal Usul NORWAY
- Asal Usul PERANCIS
- Asal Usul CALIFORNIA
- Asal Usul BRAZIL
- Asal Usul SINGAPURA
- Asal Usul NEGERI KEDAH
- Asal Usul NEGERI TERENGGANU
- Asal Usul KANADA
- Asal Usul PAHANG
-
▼
Mei 02
(23)
-
▼
Mei
(32)