Sabtu, 2 Mei 2009

Asal Usul KINABALU

Pada tahun 1840an, sebelum Yap Ah Loy datang berdagang ke Kuala Lumpur, dia telah memerintahkan adik angkatnya yang bernama Lim Ah Tat pergi ke Timur Tanah Melayu bersama seorang rakan untuk survey terlebih dahulu. Mengikut perancangan awalnya, Lim Ah Tat disuruh membuka kedai membaiki motor di Brunei, tetapi tongkang yang dinaikinya pecah dan tersadai di Kudat. Di Kudat, Lim Ah Tat tidak putus asa. Dia meneruskan perjalanannya untuk ke Brunei jugak melalui jalan darat.

Setelah lapan bulan berjalan, maka sampailah Lim Ah Tat dan rakannya ke sebuah tempat yang lapang di kaki gunung. Semasa Lim Ah Tat baru hendak melelapkan matanya, tiba-tiba rakannya menjerit,"Wei...Blunai.. wa nampak Blunai!"

Lim Ah Tat tersentak dan terus berlari ke arah rakannya."Mana? Mana?" Lim Ah Tat bertanya.
"Ni..." jawab rakannya sambil menunjuk lubang hidungnya sendiri.

Benganglah Lim Ah Tat. Dia pun mengutip anak batu dan baling ke arah rakannya itu tetapi tidak kena. "Aiya! Talak kinna!" Lim Ah Tat merungut.

Lapan hari lamanya Lim Ah Tat cuba membaling rakannya itu tetapi tidak kena sehinggalah pada satu petang rakannya itu memanjat gunung sehingga ke puncak. Lim Ah Tat mengikur dari belakang. Satu masa yang tepat, Lim Ah Tat membidik dan terus membaling sehingga kena ke kepala rakannya itu.

"Balu kinna! Balu kinna..." jerit Lim Ah Tat penuh gembira.

Sempena tarikh bersejarah itu, Lim Ah Tat pun menulis perkataan 'balu kina balu kina balu kina' di atas beberapa batu besar di puncak gunung itu dengan tujuan untuk menyakitkan hati kawannya, yang akhirnya dijumpai oleh arkeologis beberapa tahun kemudiannya. Mereka menyangka itu adalah tulisan orang purba yang bermastautin di pucak gunung. Lantas menamakan gunung tersebut sempena satu baris tulisan yang cuma boleh dibaca iaitu 'kina balu' kerana yang lain-lainnya telah hilang akibat hakisan.