Suatu ketika dulu di kepulauan Nusantara terdapat sebuah negara yang aman damai yang diperintah oleh seorang raja. Raja yang bernama Raja Abdul Karim akhirnya jatuh sakit setelah lapan puluh tahun memerintah. Semasa berbaring di atas peraduannya, dipanggillah Bendahara menghadap untuk menyampaikan wasiat. Diberitahulah kepada Bendahara bahawa baginda mempunyai sebuah lagi negara di Kutub Selatan sana dan jika baginda mangkat kelak bahagilah negara tersebut kepada salah seorang daripada dua orang putera kembar baginda yang bernama Putera Abdul Nafi dan Putera Abdul Izzudin.
Pada malam itu ketika Raja Abdul Karim sedang berehat, datanglah Putera Abdul Nafi menghadapnya sambil membawa segelas sirap. Melihat kebaikan puteranya itu, Raja Abdul Karim pun terus meminum air sirap itu untuk mengambil hati. Tetapi agak malang nasib Raja Abdul Karim sebab selepas lapan minit, matilah Raja Abdul Karim yang tidak mengetahui bahawa air sirap tersebut dibubuh racun secara sengaja.
Melihat keadaan itu, Putera Abdul Nafi amat gembira kerana dia tidak akan menunggu lebih lama lagi untuk memerintah negara di Kutub Selatan sana. Maka diberatahulah kepada Bendahara bahawa Raja Abdul Karim telah mangkat dan dia telah bersedia untuk ke Kutub Selatan.
Lapan hari kemudian, pergilah Putera Abdul Nafi ke Kutub Selatan meninggalkan saudara kembarnya Putera Abdul Izzudin yang kini memerintah negara di kepulauan Nusantara. Semasa melihat Putera Abdul Nafi berangkat, berkatalah Bendahara kepada Putera Izzudin,"Kasihan dia."
"Kenapa Mamak Bendahara?" tanya Putera Abdul Izzudin.
"Tiadalah ada apa-apa pun di Kutub Selatan sana melainkan air batu jua," jawab Bendahara dengan muka sedih.
Memang betul kata Bendahara. Putera Abdul Nafi kesejukan di sana sehingga hendak duduk pun susah. Bak kata tiada apa-apalah yang dapat dilakukan.
Mengenangkan kesusahan yang ditempuh oleh Putera Abdul Nafi, maka Bendahara pun menyuruhlah khadam untuk menghantar sekeping tikar ke Kutub Selatan supaya Putera Abdul Nafi selesa duduk di atas tikar.
Pergilah khadam ke Kutub Selatan dengan tikarnya. Dalam perjalanan bertanyalah orang ramai,"Pergi mana tu?"
Dijawablah oleh khadam,"Kutub Selatan."
"Kutub Selatan? Buat apa?"
"Hantar tikar!"
Sepanjang perjalanannya lebih lapan ratus kali orang bertanya dan lebih lapan ratus kali juga khadam menjawab,"Hantar tikar... hantar tikar."
Sehinggalah perkataan tersebut bersemadi di hati orang yang bertanya. Apabila memperkatakan tentang Kutub Selatan, Hantar Tikar tidak terlepas dari mulut mereka dan terkenallah Kutub Selatan dengan nama Hantar Tikar yang diubah ejaannya menjadi Antartika.
About Me
Blog Archive
-
▼
2009
(172)
-
▼
Mei
(32)
-
▼
Mei 02
(23)
- Asal Usul KEMBOJA
- Asal Usul MERLIMAU Melaka
- Asal Usul HIROSHIMA
- Asal Usul CHILE
- Asal Usul NEGERI SARAWAK
- Asal Usul ALASKA
- Asal Usul DENMARK
- Asal Usul Nama TEMPAT Di Melaka
- Asal Usul PANAMA
- Asal Usul MANILA
- Asal Usul KINABALU
- Asal Usul SUMATERA
- Asal Usul TEHRAN
- Asal Usul ANTARTIKA
- Asal Usul NORWAY
- Asal Usul PERANCIS
- Asal Usul CALIFORNIA
- Asal Usul BRAZIL
- Asal Usul SINGAPURA
- Asal Usul NEGERI KEDAH
- Asal Usul NEGERI TERENGGANU
- Asal Usul KANADA
- Asal Usul PAHANG
-
▼
Mei 02
(23)
-
▼
Mei
(32)