Sabtu, 2 Mei 2009

Asal Usul NEGERI SARAWAK

Suatu ketika dahulu, sebuah kawasan yang terletak di Asia Tenggara telah dijajah oleh penjajah. Adapun penjajah yang menjajah kawasan itu adalah dari golongan yang suka menjajah kerana kejayaan mereka hanyalah menjajah dan oleh sebab ituu mereka dikenali sebagai penjajah.

Di kawasan tersebut ada seorang apek yang berbangsa Cina dan bukannya bukan berbangsa Melayu atau India kerana gelaran itu hanya untuk orang Cina. Nama beliau ialah Lim Tat. Lim Tat dihormati dan dikenali oleh penduduk-penduduk di situ kerana beliau adalah seorang ahli fikir. Pada suatu ketika semasa beliau sedang berehat, maka terfikirlah dia tentang kawasan tersebut yang amat mudah dijajah oleh penjajah.

Lim Tat yang berpegang teguh dengan prinsipnya bahawa "batu dicincang takkan putus tetapi akan hancur" berpendapat bahawa kawasan itu mudah dijajah oleh penjajah adalah disebabkan sikap penduduknya yang tidak suka tolong-menolong.

Untuk menyedarkan penduduk di situ, Lim Tat telah memanggil semua penduduk untuk diberikan motivasi. Maka setelah berkumpul Lim Tat pun mengeluarkan pendapatnya.
"Hadilin sekelian. Adakah kamu semua tau kenapa kawasan ini amat mudah dijajah?" tanya Lim Tat kepada semua.
"Kenapa?" tanya semua yang hadir.
"Ini semua adalah disebabkan kelemahan dan kesalahan kita semua," kata Lim Tat.
"Apa lak salah kita. Ini semua salah penjajah le. Kalau mereka semua tak jadi penjajah maka penjajahan tak akan berlaku dan kawasan ini tak akan dijajah," kata salah seorang yang hadir di situ.
"Itu betul. Tapi kita semua tetap bersalah kerana tidak bersatu padu," kata Lim Tat.
"Apa lak macam tu. Booooo...!!" pekik suara yang hadir.

Oleh kerana suara hadirin lebih kuat dari suaranya, maka Lim Tat dengan perasaan marah terus menjerit dengan menggunakan mikrofon,"Ini semua salah awak semua!"
"Awak la yang salah," pekik hadirin.
"Salah... awak...!" Lim Tat menjerit seperti Tarzan.
"Salahh...awak...!" balas setiap yang hadir.
"SALAHHH... AWAKKK..!" Lim Tat menjerit dan hampir-hampir hendak menangis.

Selepas 93 tahun mepertahankan pendapat masing-masing sambil memekik "SALAH AWAK!" dengan nada yang kuat maka kawasan tersebut akhirnya diisytiharkan menjadi sebuah negeri yang dinamakan "salahawak". Sehinggalah datangnya orang-orang Jepun yang berdagang di situ menyebut "Sarrawak" yang akhirnya dieja SARAWAK oleh penjajah Inggeris.